Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tengku Ahmad terkejut disenaraikan ke Bangladesh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tengku Ahmad terkejut disenaraikan ke Bangladesh

PENYERANG Pasukan Hoki Terengganu (THT), Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil mengakui terkejut apabila disenaraikan semula dalam skuad negara bagi menghadapi Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Bangladesh bermula 4 hingga 12 Mac ini. – Foto Bazookapenaka

KUALA LUMPUR: Penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT), Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil mengakui terkejut apabila disenaraikan semula dalam skuad negara bagi menghadapi Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Bangladesh bermula 4 hingga 12 Mac ini.

Dia yang hampir dua tahun tidak beraksi di pentas antarabangsa, berjanji akan membalas kepercayaan yang diberikan ketua jurulatih, Stephen Van Huizen bagi membantu skuad negara melakar kejayaan di Dhaka.

“Saya memang ada menjalani latihan bersama skuad negara sebelum ini tetapi terkejut bila khidmat saya diperlukan kali ini.

“Saya berjanji akan gunakan semua pengalaman yang saya ada bagi membantu skuad negara,” katanya.

Dia yang muncul pemain tempatan terbanyak menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana musim ini mengakui memerlukan masa untuk mencapai prestasi sebenar memandangkan sudah lama tidak beraksi dalam saingan kompetitif di pentas antarabangsa.

“Saya dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad negara sebelum ini pun sebab utama adalah untuk mendapatkan tahap kecergasan semula,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir Tengku membuat penampilan bersama skuad negara adalah pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium dua tahun lalu.

Di Dhaka, skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama Oman, Fiji dan tuan rumah.

Ia sebahagian daripada kempen kelayakan ke Piala Dunia 2018.

Berikut senarai lengkap 18 pemain ke Bangladesh: 

Penjaga gol: Muhammad Hafizuddin Othman, Mohammad Hairi Abdul Rahman

Pertahanan: Muhammad Razie Abdul Rahim, Muhammad Sukri Abdul Mutalib, Muhammad Izad Hakimi Jamaluddin, Muhammad Najmi Farizal Jazlan. Tengah: Faiz Helmi Jali, Nabil Fiqri Mohd Noor, Mohd Marhan Mohd Jalil, Mohd Fitri Saari, Meor Muhamad Azuan Hasan, Muhammad Azri Hassan.

Penyerang: Joel Samuel Van Huizen, Muhammad Shahril Saabah, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Muhammad Rashid Baharom, Nik Muhammad Aiman Nik Rosemi, Faizal Saari.

Pengurus pasukan: Mohd Nasihin Nubli Ibrahim

Ketua jurulatih: Stephen George Van Huizen, Penolong jurulatih: Lim Chiow Chuan

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lgcaUh

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.