LTdL: Kemarau 5 tahun Bardiani CSF berakhir di Muar
Antara tiga pelumba Le Tour de Langkawi yang terawal melepasi Jalan Md Yasin, Pekan Jasin dalam saingan perlumbaan peringkat ke-enam LTdL dari Senawang ke Muar sejauh 176.3 kilometer yang akan berakhir di Muar, Johor. – Foto NSTP/Rasul Azli Samad
MUAR: Enrico Barbin menamatkan kemarau lima tahun pasukannya Bardiani CSF untuk memenangi saingan Peringkat 6, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017, yang berakhir di sini, sebentar tadi.
Barbin mencatat masa 4 jam 09 minit 16 saat dalam perlumbaan sejauh 176.3 kilometer dari Senawang, Negeri Sembilan ke Muar yang diganggu hujan sejak permulaan.
Tempat kedua menjadi milik Anthony Giacoppo dari Isowhey Sports Swisswellness manakala Folippo Pozzato dari Team Wilier Triestina ketiga.
Jersi Kuning bagaimanapun masih dipegang Ryan Gibbons dari Team Dimension Data.
“Kayuhan saya bagus hari ini, bukan saya saja tetapi juga rakan sepasukan dan ada seorang rakan kami melakukan pemecahan awal,” kata pelumba Itali itu.
Katanya, kemenangan pada peringkat hari ini bukanlah kerana dia berada pada tahap yabg sangat bagus tetapi pasukan berjaya melepaskan diri pada saat yang tepat selepas jambatan sebelum menghala penamat.
“Ia adalah musim yang penting, ia kemenangan pertama buat saya dan saya memang mencari dimensi baru dalam saingan berbasikal ini,” katanya.
Mengenai perlumbaan hari ini, Barbin mengharapkan satu lagi kemenangan dengan laluan Peringkat 7 esok disifatkan sesuai buatnya menambah kejayaan buat pasukannya.
Sementara itu, Gibbons menyifatkan hari ini sedikit sukar buatnya kerana bukan berada pada tahap 100 peratus walaupun pada kebiasaan dia memang sukakan perlumbaan dalam hujan.
Keutamaan pasukan jelasnya, masih untuk mempertahankan Jersi Kuning dan pada saingan hari ini pasukannya sedikit ketinggalan dan cuba mengurangkan jurang tetapi sudah terlambat ketika pecutan terakhir.
“Pertama kali saya bukan 100 peratus, biasanya saya bagus dalam hujan.
“Saya masih ada dua peluang dalam dua peringkat terakhir,” katanya yang memenangi Peringkat 5 di Kuala Kubu Bharu, semalam.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lpYNlf✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment