Oscar 2017: Kontroversi Kemenangan Moonlight, Turut Iktiraf Pelakon Islam
ANUGERAH Akademi ke 89 atau Oscar, baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi.
Filem Moonlight dinobatkan sebagai Filem Terbaik, dalam acara penganugerahan penuh kontroversi itu.
Aktor veteran, Warren Beatty dan Faye Dunaway, yang ditugaskan untuk memberikan anugerah itu, dikatakan telah diberikan sampul surat yang salah, yang tertera nama filem La La Land dan Emma Stone.
Namun ketika warga kerja La La Land sedang memberi ucapan dan meraikan kejayaan mereka, seorang lelaki, dipercayai pengurus pentas, naik ke pentas.
Penerbit La La Land, Jordan Horowitz, kemudiannya mengumumkan Moonlight adalah pemenang sebenar, sambil menunjukkan keputusan yang tertera dalam sampul surat yang sepatutnya.
La La Land bagaimana tidak pulang dengan tangan kosong apabila membawa pulang tujuh kategori termasuk pengarahnya, Damian Chazelle, yang diangkat sebagai Pengarah Terbaik.
Bintang utama La La Land, Emma Stone, membawa pulang Oscar pertama buat dirinya, apabila diumumkan pemenang kategori Aktres Terbaik.
Adik kepada pelakon Ben Affleck, Casey Affleck, memenangi kategori Aktor Terbaik menerusi lakonan berkesannya dalam filem Manchester by the Sea.
Paling mendapat perhatian adalah kemenangan aktor Mahershala Ali sebagai Aktor Pembantu Terbaik menerusi filem Moonlight. Kemenangan itu menjadikan Ali pelakon beragama Islam pertama memenangi Oscar.
Pemenang-pemenang lain termasuklah Viola Davis (Aktres Pembantu Terbaik), The Salesman (Filem Bahasa Asing Terbaik- Iran), Zootopia (Filem Animasi Terbaik) dan Manchester by the Sea (Lakon Layar Asli Terbaik).
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lW2rX3✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment