Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tengku Ahmad Tajuddin Perkuatkan Skuad Negara Ke Dhaka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tengku Ahmad Tajuddin Perkuatkan Skuad Negara Ke Dhaka

Spread the love

KUALA LUMPUR – Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil kembali memperkuatkan skuad kebangsaan bagi menghadapi Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua yang akan berlangsung di Dhaka, Bangladesh dari 4 hingga 12 Mac ini.

Ketua jurulatih skuad negara, Stephen Van Huizen turut menyenaraikan pakar pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim, serta penyerang Muhammad Shahril Saabah, Rashid Baharom dan Faizal Saari dalam pasukan kebangsaan.

“Saya teruja dipanggil menyertai skuad kebangsaan. Kali terakhir saya beraksi bersama pasukan negara ialah semasa Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2015 di Belgium.

“Ia satu perasaan yang hebat dapat kembali bermain dalam pasukan kebangsaan dan saya tidak sabar untuk memberikan yang terbaik di Dhaka,” kata Tengku Ahmad Tajuddin dalam kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) di sini hari ini.

Pemain berusia 31 tahun itu menjaringkan 13 gol untuk Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam Liga Perdana TNBMHL 2017 – tujuh daripadanya menerusi gol padang dan enam melalui pukulan sudut penalti.

Skuad negara yang menduduki ranking ke-13 dunia adalah pasukan berada di ranking tertinggi di Dhaka, dan diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Bangladesh, Oman dan Fiji, manakala Kumpulan B terdiri dari China, Mesir, Sri Lanka dan Ghana.

Dua pasukan teratas dalam saingan di Dhaka itu, layak beraksi di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London dari 15 hingga 27 Jun depan, iaitu kejohanan kelayakan untuk Piala Hoki Dunia 2018.

Bagaimanapun, penjaga gol S. Kumar meminta dikecualikan daripada kejohanan berkenaan berikutan isteri beliau dijangka bersalin tidak lama lagi.

Muhammad Hafizuddin Othman (THT) dan Hairi Abdul Rahman (TNB Thunderbolt) adalah dua penjaga gol dalam skuad kebangsaan, yang akan berlepas ke Dhaka, esok.

Senarai pemain negara untuk Liga Hoki Dunia Pusingan Kedua
———————————————————-
Muhammad Hafizuddin Othman, Mohammad Hairi Abdul Rahman (penjaga gol); Muhammad Razie Abdul Rahim, Muhammad Sukri Abdul Mutalib, Muhammad IzadHakimi Jamaluddin, Muhammad Najmi Farizal Jazlan (pertahanan); Faiz Helmi Jali, Nabil Fiqri Mohd Noor, Mohd Marhan Mohd Jalil, Mohd Fitri Saari, Meor Muhamad Azuan Hasan, Muhammad Azri Hassan (pemain tengah); Joel Samuel Van Huizen, Muhammad Shahril Saabah, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Muhammad Rashid Baharom, Nik Muhammad Aiman Nik Rosemi, Faizal Saari (penyerang). – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2rSXw

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.