Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nokia 6, 5 Dan 3 Diperkenalkan, Peranti Pertengahan Dengan Android Nougat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nokia 6, 5 Dan 3 Diperkenalkan, Peranti Pertengahan Dengan Android Nougat

Harga Nokia 6 5 3 Malaysia

Selain Nokia 3310 versi 2017, Nokia turut melancarkan tiga model Smartphone untuk pasaran pertengahan. Ia terdiri daripada Nokia 6, Nokia 5 dan Nokia 3. Ketiga-tiga peranti ini dikuasai dengan platform Android 7.1 Nougat terbaru. Peranti ini akan berada di pasaran pada suku ke-2 2017 dengan pilihan SIM tunggal atau Dual-SIM.

Nokia 6 – Skrin 5.5″ FHD, Cip Snapdragon 430, 16 MP Kamera

Harga Nokia 6 Malaysia

Nokia 6 merupkan peranti pertegahan dari Nokia. Di Eropah, peranti ini akan dijual pada harga €230 (Sekitar RM1099 di Malaysia). Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5 inci dengan resolusi HD1080p. Ia juga dikuasai oleh pemproses Snapdragon 430, 4GB RAM serta ruang memori sebesar 64GB. Terdapat juga slot microSD yang boleh menampung sehingga 256GB.

Lensanya menggunakan sensor 16 Megapixel, F2.0 di bahagian belakang dengan fungsi PDAF, Dual-LED Flash, serta mod Panorama dan HDR. Kamera selfie pula dimuatkan dengan 8 Megapixel. Peranti bersaiz besar ini juga memiliki fungsi Dolby Atmos, NFC, Pengimbas Cap Jari serta bateri 3000mAh yang menyokong pengecasan pantas.

Nokia 5 – Skrin 5.2″ HD, Cip Snapdragon 430, 13 MP Kamera

Harga Nokia 5 Malaysia

Bagi yang inginkan skrin yang lebih kecil, Nokia 5 menawarkan 5.2 inci skrin dengan resolusi HD720. Ia akan berada di pasaran dengan harga €189 atau sekitar RM899 untuk pasaran Malaysia. Di dalamnya turut menggunakan cip Snapdragon 430 dengan 16 GB memori dan 2 GB RAM.

Nokia 5 juga membawakan kamera utama dengan sensor 13 Megapixel, F2.0 beserta PDAF dan Dual-LED Flash. Kamera hadapan 8 Megapixel boleh digunakan untuk selfie dan panggilan video. Peranti ini juga dilengkapi dengan bateri 3000 mAh, pengimbas cap jari serta sokongan NFC.

Nokia 3 – Skrin 5.0″ HD, Mediatek MT6737, 8 MP Kamera

Harga Nokia 3 Malaysia

Nokia 3 pula akan menyertai peranti mampu milik dengan harga jualan €140 atau dekitar RM649 di Malaysia. Ia hadir dengan kerangka aluminium dan disaluti dengan penutup polycarbonate di bahagian belakang. Di bahagian hadapan ia dipadankan dengan skrin 5.0 inci dengan resolusi HD720p.

Untuk peranti ini, Nokia telah menggunakan pemproses Mediatek MT6737 dengan Quad-Core CPU, 16 GB memori dalaman serta 2 GB RAM. Kameranya menggunakan sensor 8 Megapixel, F2.0 untuk kedua-dua depan dan belakang. Peranti kecil ini juga hadir dengan 2650 mAh bateri, pengimbas cap jari dan NFC.

The post Nokia 6, 5 Dan 3 Diperkenalkan, Peranti Pertengahan Dengan Android Nougat appeared first on Mesra Mobile.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2gPxf



✍ Sumber : ☕ Mesra Mobile


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.