Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas YDP Dibebaskan Semalam Dengan Jaminan SPRM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas YDP Dibebaskan Semalam Dengan Jaminan SPRM

SEREMBAN: Bekas yang dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di negeri ini yang ditahan berhubung rasuah dan salah guna kuasa, dibebaskan semalam dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan oleh peguam suspek, Datuk Hanif Hassan.

“Suspek telah dibebaskan semalam dengan ikat jamin RM15,000,” katanya ketika dihubungi.

Suspek berusia 63 tahun dan bergelar Datuk itu ditahan SPRM pada 13 Feb lalu kerana dipercayai melakukan salah guna kuasa ketika memegang jawatan pegawai daerah dan YDP perbandaran di negeri ini, antara September 2009 hingga Ogos 2016.

BACA: SPRM tahan bekas YDP terlibat rasuah

Dua lagi kontraktor yang turut ditahan berhubung kes sama dibebaskan pada Isnin, juga dengan jaminan SPRM.

Dua kontraktor terbabit disyaki dianugerahi beberapa projek membabitkan pejabat daerah dan majlis perbandaran yang diterajui oleh suspek.

–BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lfOTlW

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.