Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayern Belasah Arsenal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayern Belasah Arsenal

LIGA Juara-Juara, awal pagi tadi menyaksikan Bayern Munich menentang Arsenal. Kemenangan berpihak pada kumpulan Bayern di stadium Arena Allianz, Munich, Jerman. Kelihatan pemain Bayern Munich, Robert Lewandowski mengasak bola kepada pemain Arsenal, Shkodran Mustafi. – Foto Reuters

MUNICH: Masa depan Arsene Wenger di Emirates tambah tidak menentu apabila Arsenal dibelasah 5-1 oleh Bayern Munich dalam aksi pusingan pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Thiago Alcantara menjadi inspirasi Bayern Munich apabila meledak dua gol sekali gus menyaksikan The Gunners berdepan penyingkiran buat kali ketujuh berturut-turut pada peringkat itu.

Bayern memanjangkan rekod kemenangan di laman sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara kepada 16 apabila meledak tiga gol dalam tempoh 10 minit pada babak kedua.

Gergasi Jerman itu sebelum ini menyingkirkan Arsenal pada peringkat sama pada 2005, 2013 serta 2014 dan kelihatan selesa untuk mengecewakan The Gunners buat kali keempat selepas kemenangan besar itu.

Kekalahan buruk di Allianz Arena itu juga harus menambah tekanan kepada Wenger menjelang aksi pusingan kedua di Emirates pada 7 Mac ini apabila hanya membawa bekalan satu gol di tempat lawan menerusi Alexis Sanchez.

“Ia adalah persembahan baik dan tidak dijangka,” kata Thiago. “Kami beraksi di laman sendiri, perlu menjaringkan seberapa banyak gol dan segala-galanya berjalan lancar selepas rehat.”

Arjen Robben membuka tirai jaringan buat tuan rumah apabila melencongkan bola cantik yang menggegar gawang Arsenal pada minit ke-11, tetapi Sanchez menyamakan kedudukan dengan melakukan tindakan susulan selepas sepakan penaltinya ditampan Manuel Neuer pada minit ke-30,

Bayern bagaimanapun bangkit selepas rehat dengan meledak tiga gol dalam tempoh 10 minit menerusi tandukan Robert Lewandowski pada minit ke-53 sebelum Thiago meledak dua kali dalam tempoh tujuh minit.

Thomas Mueller yang masuk sebagai pemain gantian kemudian melengkapkan kemenangan bergaya Bayern. – AFP





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.