Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemuda UMNO Tidak Halang Ahlinya Sertai Perhimpunan RUU 355 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemuda UMNO Tidak Halang Ahlinya Sertai Perhimpunan RUU 355

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO tidak akan menghalang ahlinya untuk menyertai Perhimpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 anjuran PAS, yang akan diadakan Sabtu ini.

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata ia merupakan keputusan dan pendirian Pemuda UMNO terhadap perhimpunan yang akan diadakan di Padang Merbok dan telah mendapat kelulusan pihak polis itu.

“Kita tidak boleh menghalang sesiapa pun dari menyertai perhimpunan itu. Itu pendirian dan keputusan kita,” katanya selepas mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam tadi.

Khairul Azwan berkata beliau secara peribadi juga akan menyertai perhimpunan berkenaan jika berkesempatan.

Dijangka sebanyak 200,000 orang hadir ke perhimpunan yang bertemakan ‘Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera’ itu.

Pada 24 Nov lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

RUU itu bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.

Dalam perkembangan lain, Khairul Azwan berkata Pemuda UMNO mengalu-alukan keputusan Kabinet hari ini yang akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.

“Ini satu langkah awal yang baik. Namun saya harap tiada sebarang spekulasi sehingga pasukan petugas khas ini selesai menjalankan siasatannya,” katanya. — Bernama





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.