Apa kaitan Dracula dalam sejarah Rom dan empayar Uthmaniyyah?
Apa yang muncul dalam kepala korang bila dengar nama “Dracula”? Kebanyakan orang hanya mengenali Dracula daripada karya Bram Stoker yang dihasilkan pada tahun 1897, namun jarang sangat yang tahu bahwa Dracula itu memang betul-betul wujud.
Stoker sebenarnya telah mendapat inspirasi bagi watak Dracula ni daripada seorang pemimpin yang amat ditakuti pada kurun ke 15 kerana kekejamanya terhadap musuh. Dia adalah Vlad III, Prince of Wallachia atau lebih dikenali sebagai Vlad the Impaler.
Habis tu, siapa Dracula yang sebenarnya?
Bukan sekadar cerita dongeng, sampai sekarang pun Dracula masih merupakan seorang ikon penting dalam sejarah Romania. Malah Dracula turut ada hubungan dengan sejarah Islam. Nak lebih jelas lagi, Dracula atau Vlad Dracul III ini adalah adalah seorang pahlawan perang yang wujud ketika zaman kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih dari Empayar Turki Uthmaniyyah.
Dalam bahasa Romania, “Dracul” bererti naga manakala “ulea” pula bermaksud “anak dari”. Gabungan kedua-dua perkataan inilah mewujudnya nama Draculea atau dalam bahasa Inggerisnya, yang bererti anak dari sang naga.
Nama asal Dracula ialah Vlad Tepes, dilahirkan pada bulan Desember 1431 M di Benteng Sighisoara, Transylvania, Romania. Ayahnya Basarab (Vlad II) adalah pemimpin Wallachia yang terkenal dengan gelaran Vlad Dracul karena keanggotaannya dalam Order of the Dragon.
Kalau korang nak tahu, kumpulan Order of the Dragon ini telah ditubuhkan oleh Kerajaan Rom pada masa tu hanya dengan satu matlamat iaitu untuk mengawal perluasan Empayar Uthmaniyyah di Eropah.
Wallachia telah dipilih untuk menjadi tempat Order of the Dragon ni beroperasi kerana lokasinya yang strategik di tengah-tengah empayar Kristian Eropah dan kerajaan Islam Utmaniyyah.
Dracula pernah menjadi seorang muslim?
Dracula ni sebenarya adalah seorang putera raja daripada Wallachia yang merupakan sebuah kerajaan kecil di selatan Romania. Ketika Dracula dilahirkan, Wallachia telah pun dikuasai oleh Kesultanan Uthmaniyyah di bawah kepimpinan sultan Murad II.
Untuk menjamin kesetiaan kerajaan Wallachia terhadap Empayar Uthmaniyyah, Sultan Murad telah mengarahkan Vlad II menghantar anak-anaknya iaitu Dracula dan Radu cel Frumos ke Turki untuk mendapat pendidikan.
Semasa di Turki, Dracula telah belajar di dalam pasukan Janisari, iaitu pasukan ketenteraan yang terbaik pada zaman tersebut. Usia Dracula waktu tu pun baru 13 tahun, hanya selisih satu tahun dari Muhammad Al-Fatih yang berusia 12 tahun pada ketika itu.
Selama di Turki, adik beradik ini telah memeluk agama Islam, bahkan mereka juga bersekolah di madrasah untuk belajar ilmu agama. Dengan status muslimnya, Dracula telah diberi kepercayaan untuk mentadbir Wallachia setelah kematian ayahnya walaupun pada ketika itu usianya baru mencecah 17 tahun.
Dengan bantuan daripada tentera Turki, Dracula telah berjaya menguasai semula takhta Wallachia setelah ianya dirampas oleh seteru ayahnya Janos Hunyadi. Lepas je dah settle dan Dracula pun kembali berkuasa, tentera Turki pun pulanglah ke empayar mereka dengan jaminan Dracula akan meneruskan perjanjian damai seperti yang dilakukan ayahnya.
Berhari-hari menaggung kesakitan akibat disula
Tanpa pernah diduga, Dracula telah berpaling tadah dengan memutuskan hubungan Wallachia daripada Turki. Para tentera Turki yang sedikit di Wallachia pada ketika itu pun ditangkap.
Setelah beberapa hari dikurung di ruang bawah tanah, mereka kemudianya telah dibogelkan dan diarak menuju ke tempat hukuman di pinggir kota. Di tempat ini seluruh tentera turki yang ditangkap telah dibunuh kejam dengan cara disula dan kemudian mayat mereka dipancakkan di tengah padang.
Malah aksi Dracula terhadap umat Islam di Wallachia jauh lebih sadis lagi. Selama kekuasaannya, dianggarkan lebih kurang 300 ribu umat Islam telah menjadi mangsa kekejaman Dracula.
Contohnya, pada 1456, Dracula telah membakar 400 orang pemuda Turki yang sedang menimba ilmu pengetahuan di Wallachia. Mereka ditangkap, ditelanjangkan dan diarak mengelilingi kota sebelum dicampak ke dalam sebuah lubang besar dan dibakar hidup-hidup.
Golongan petani dan fakir miskin yang beragama Islam pun tak terlepas. Sewaktu upacara kemahkotaan Darcula sebagai pemimpin Wallachia yang baru, mereka telah dijemput berkumpul untuk diberikan jamuan makan malam di salah satu ruangan istana. Tanpa sedar mereka telah dikunci dari luar, kemudian ruangan itu dibakar.
Dendam Dracula terhadap Turki dan Islam semakin menjadi. Untuk menyambut hari peringatan St. Bartholome, 1459, dia telah memerintahkan pasukannya untuk menangkap para pedagang Islam yang singgah ataupun lalu di Wallachia.
Dalam waktu sebulan je 30 ribu pedagang Turki bersama ahli keluarga diorang telah ditangkap oleh tentera Dracula. Lepas kena tangkap, para pedagang yang ditawan telah ditelanjangkan sorang demi sorang lalu dikumpulkan ditengah-tengah padang hukuman. Mengerikan lagi, mereka kemudianya disula satu persatu.
Dracula ni benci sangat terhadap orang Turki dan Islam kerana semangat perang salib yang masih membara pada waktu tersebut. Ditambah pula dengan penglibatanya sebagai Knight di dalam organisasi sulit Order of the Dragon yang ditubuhkan untuk menghancurkan Empayar Turki Uthmaniyyah.
Takkan Sultan Turki biar je benda ini berlaku?
Sebenarnya, ketika itu Empayar Uthmaniyyah sedang sibuk berperang dengan Constantinolpe. Tapi lepas je Sultan Muhammad Al-Fatih menakluk Constantinople, dia terus mengalihkan tumpuanya terhadap Dracula.
Pada tahun 1462 Muhamad Al-Fatih telah memerintahkan komander perangnya Hamzah Bey bersama-sama 1000 orang tentera ke Wallachia untuk menangkap Dracula. Namun begitu, nasib 1000 orang tentera ini berakhir dengan penuh tragis.
Dracula telah menggunakan kemampuan peperangan yang dipelajari daripada tentera elit janisari Turki untuk menagkis serangan yang dihadapinya. Dengan keupayaanya memahami taktik dan strategi perang dorang pada ketika itu, Dracula telah mengalahkan bala tentera yang dihantar Al-Fatih untuk menangkapnya.
Bukan setakat tu je, dia telah menyula kesemua 1000 orang dari pasukan ini sehinggakan berubah pemandangan medan perang kepada hutan mayat manusia. Mayat Hamza Bey, komander pasukan tersebut telah dicacak di tengah-tengah hutan mayat dengan kayu yang paling tinggi sebagai simbol kekuasaanya.
Bila Al-Fatih dengar je perkara ini terjadi, baginda telah mengarahkan adik kepada Dracula, Radu Cel Frumos untuk memimpin 90,000 tentera dan menghentikan kekejaman Dracula. Kalau korang nak tahu, Radu ni merupakan seorang muslim dan orang kepercayaan Al-Fatih sehinggakan dia diangkat sebagai salah seorang pemimpin bagi pasukan elit Janisari.
Akhirnya, Dracula tewas di tangan adiknya sendiri di dalam satu peperangan yang dikenali sebagai “The Night Attack”. Dracula yang kalah dalam peperangan telah lari dan mendapatkan perlindungan daripada John Hunyadi yang ketka itu telah menjadi Raja Hungary. Dracula menghabiskan sisa hidupnya di Hungary sebelom meninggal pada tahun 1478.
Warisan Dracula tetap kekal di dunia kerana kekejaman yang tiada bandingnya. Masyarakat Romania terus mengagumi dia sebagai seorang pahlawan negara di dalam perang salib dan mengangapnya sebagai pembela mereka.
Bagi masyarakat Islam pula, Dracula adalah satu simbol kekejaman, kemusnahan dan penyeksaan yang zalim terhadap mangsa-mangsanya terutamanya bagi mereka yang beragama Islam.
Pada masa kini pula, kekejaman dan kemusnahan Dracula telah dijadikan satu bentuk hiburan oleh masyarakat barat sehinggakan sejarah asalnya diubah dan hampir dilupakan oleh kita semua.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mTaXEn✍ Sumber : ☕ SOSCILI
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment