Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cheng Hoe Puas Kedah Belasah Melaka United - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cheng Hoe Puas Kedah Belasah Melaka United

PEMAIN pasukan Kedah, Sandro Da Silva Mendanca (kiri) meraikan gol kedua buat pasukannya ketika menentang pasukan Melaka United pada saingan Liga Super di Stadium Darulaman, semalam. – Foto Amran Hamid

ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berpuas hati dengan aksi konsisten anak buahnya ketika Helang Merah yang beraksi tanpa beberapa tonggak utama melakar kemenangan besar 4-0 ke atas Melaka United (MU) dalam aksi Liga Super semalam.

Kemenangan besar di Stadium Darul Aman itu menyaksikan Kedah kembali menduduki tangga teratas Liga Super dan lebih manis ia dilakukan di hadapan lebih 25,000 penyokong.

Ia adalah kemenangan kelima dilakar skuad bimbingan Cheng Hoe yang menyaksikan Kedah kini mengumpul jumlah 18 mata sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah dalam saingan setakat ini.

“Apa yang penting adalah pasukan mendapat kemenangan dan pemain dapat meneruskan aksi konsisten serta fokus memburu kejayaan dalam setiap perlawanan.

“Keseluruhan pemain bermain dengan baik walaupun tanpa beberapa tonggak seperti Baddrol Bakhtiar, Fakri Saarani dan Farhan Roslan yang belum bersedia akibat kecederaan, ” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pemain gantian terutama pemain muda berjaya menunjukkan keyakinan yang tinggi dan menggalas tugas dengan baik.

“Tahniah juga saya ucapkan kepada Ken Ilso dan Sandro yang masing masing menyumbang dua gol dan juga kepada seluruh pasukan yang sama bekerja keras dan bermain dengan baik sehingga berjaya menghasilkan gol kemenangan pada perlawanan ini.

“Kita memang mengharapkan serangan dan jaringan seperti yang dihasilkan oleh Ken Ilso dan Sandro dalam perlawanan ini dan yang penting, rakan lain juga dapat membantu membuat hantaran yang baik sehingga gol dapat dihasilkan, ” katanya.

Ditanya mengenai prestasi Sandro yang semakin meningkat dengan sumbangan dua gol, beliau berkata Sandro yang kini menunjukkan tahap permainan yang meyakinkan selepas pulih dari kecederaan dan direhatkan dalam dua perlawanan lalu.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mFS1Mz

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.