Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tujuh Lelaki Ditahan Kerana Disyaki Terlibat Daish – KPN Khalid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tujuh Lelaki Ditahan Kerana Disyaki Terlibat Daish – KPN Khalid

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tujuh suspek lelaki kerana disyaki telibat dengan aktiviti kumpulan pengganas, Daish.

Dalam satu kenyataan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dikeluarkan hari ini, polis memaklumkan mereka ditahan  dalam operasi yang dijalankan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas yang dijalankan di antara 21 hingga 26 Feb, 2017.

“Mereka (yang ditahan) terdiri daripada seorang warganegara Malaysia, seorang warganegara Indonesia, seorang warganegara Asia Timur dan empat (4) warganegara Yaman,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu antara lain memaklumkan tangkapan pertama pada 21 Feb 2017 melibatkan sel kumpulan Daish yang terdiri daripada seorang warganegara Malaysia dan seorang warganegara Indonesia.

“Mereka yang masing-masing berusia 41 dan 28 tahun bekerja sebagai juruteknik kilang dan petani ditangkap di Kepong, Kuala Lumpur. Suspek warganegara Indonesia tersebut pernah diusir dari Turki pada Jun 2016 setelah ditangkap ketika cuba menyusup masuk ke Syria untuk menyertai kumpulan Daish,” menurut kenyataan itu lagi.

Hasil soal siasat polis, mendedahkan bahawa mereka mendapat arahan daripada Mohamad Wanndy Mohamad Jedi untuk melancarkan serangan menggunakan bom kenderaan “vehicle borne improvised explosive device” (VBIED) berskala besar di malaysia sebelum menyusup keluar dari negara ini untuk menyertai kumpulan Daish di Syria.

Seorang lagi suspek warganegara Asia Timur yang berusia 37 ditangkap pada 23 Feb 2017 di Petaling Jaya, Selangor.

Suspek disyaki menganggotai sebuah kumpulan pengganas dari Asia Timur yang menjadikan Malaysia sebagai tempat transit dan perlindungan.

“Beliau yang memasuki Malaysia pada tahun 2011 menggunakan pas pelajar yang disyaki palsu dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Lembah Klang. Siasatan awal mengesahkan bahawa suspek mempunyai hubungan dengan salah seorang lagi anggota kumpulan pengganas dari Asia timur yang terlibat dalam mengatur kemasukan anggota kumpulan tersebut ke Malaysia sebelum mereka berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan Daish,” katanya lagi.

Sementara  empat suspek lain adalah warganegara Yaman yang ditangkap pada 26 Feb 2017 di Serdang dan Cyberjaya, Selangor pula disyaki menganggotai sebuah kumpulan pemberontak di Yaman. Siasatan awal mendapati mereka juga terlibat dalam aktiviti sindiket pemalsuan dokumen tiga perjalanan.

Turut dirampas dalam operasi tangkapan ini adalah pelbagai pasport antarabangsa dan sejumlah wang tunai bernilai RM270,000 dari pelbagai mata wang asing yang dipercayai untuk disalurkan kepada kumpulan pemberontak tersebut.

Kesemua suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah bab via – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (akta 747).

Manakala seorang suspek ditangkap di bawah Akta Imigresen Malaysia 1959/63.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mG0dMM

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.