Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zaidatul Husniah Perlu Kekal Rentak – Nazmizan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zaidatul Husniah Perlu Kekal Rentak – Nazmizan

KUALA LUMPUR: Bekas jaguh pecut negara, Nazmizan Muhammad berharap Zaidatul Husniah Zulkifli dapat mengekalkan rentak larian pantas meskipun catatan 11.36 saat (s) dalam acara 100 meter (m) tidak diiktiraf sebagai rekod kebangsaan kerana bantuan angin 2.5s.

Semalam, Zaidatul Husniah menggegarkan arena olahraga negara apabila melakar kepantasan 11.36s pada Kejohanan AGN League 7 di Pretoria, Afrika Selatan sekali gus mengatasi rekod 11.50s berusia 24 tahun milik G Shanti yang dilakar pada 7 Mei 1993 di Kuala Lumpur.

Pada kejohanan itu, Zaidatul Husniah menduduki tempat kedua acara 100m, namun lariannya mendapat bantuan angin manakala tempat pertama milik atlet tuan rumah, Alyssa Conley.

Dua lagi atlet kebangsaan, S Komalam Shally dan Siti Fatimah Mohamad masing-masing mencatat 11.65s dan 11.68s untuk meraih kedudukan ketiga dan keempat.

“Walaupun ia bukan rekod kebangsaan, saya harap Zaidatul Husniah akan terus kekal fokus sehingga ke Sukan SEA nanti kerana dia sudah dapat momentum larian 11.36s.

“Itu adalah satu pencapaian terbaik peribadinya. Ia akan memberikan motivasi untuk terus berusaha memecahkan rekod kebangsaan dan meraih pingat emas Sukan SEA nanti,” kata Nazmizan kepada BH Sukan ketika mengulas catatan masa dilakukan Zaidatul Husniah.

Catatan peribadi terbaik Zaidatul Husniah dalam acara 100m sebelum ini adalah 11.62s yang dilakukan ketika Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Palembang pada 2014.

Sementara itu, dalam acara 200m pula, pelari ini terus konsisten apabila mencatatkan rekod peribadi terbaik dengan rakaman masa 23.80s sekali gus menjadi atlet kedua negara berjaya berlari di bawah catatan masa 24s.

Untuk rekod, seramai 11 atlet olahraga negara berkampung di Afrika Selatan untuk menjalani latihan dan pertandingan di sana sebagai persiapan temasya Sukan SEA, bermula 19 Ogos ini.

Kejohanan AGN League 7 di Pretoria adalah kejohanan pertama yang disertai atlet kebangsaan sejak berada di sana beberapa minggu lalu.

Selepas kejohanan yang berakhir semalam, terdapat empat lagi kejohanan dengan siri kedua dijadualkan berlangsung pada Sabtu depan di lokasi sama.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lskTaJ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.