Mohd Poad Puas Hati Prestasi Badrul Di Pretoria
Oleh Mohd Khairie Khalid
khairie@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Poad Md Kassim percaya kejayaan Badrul Hisyam Abdul Manap melakar rekod peribadi terbaik acara 400 meter (m) di Afrika Selatan akan mampu membantu kuartet 4x400m negara di Sukan SEA, Kuala Lumpur, Ogos ini.
Semalam, Badrul Hisyam merakam 47.62 saat (s) di Kejohanan League 7, Pretoria, Afrika Selatan sekali gus memperbaharui catatan 49.17s yang diciptanya di Thailand pada 2014.
“Saya memang berpuas hati dengan larian dan kepantasan dicatatkan Badrul Hisyam dalam acara 400m kerana dia sudah lama tidak berlari dalam acara ini.
“Jadi saya harap dengan kebangkitan ini akan dapat membantu skuad 4x400m nanti.
“Walaupun ini baru kejohanan pertama di sini (Afrika Selatan), namun ia dapat menjadi motivasi kepada semua atlet kerana mereka perlu membiasakan diri dalam acara 400m dengan rentak larian berbeza,” kata Mohd Poad ketika dihubungi kepada BH Sukan.
Sementara itu, Badrul Hisyam, 20, mengakui sedikit gementar ketika kembali beraksi dalam acara 400m, namun berpuas hati selepas berjaya memperbaharui catatan miliknya.
“Pada peringkat awal saya memang agak takut kerana selalu berlari acara 4x400m saja tapi Alhamdulillah pendedahan di luar negara banyak membantu saya untuk bersaing.
“Untuk terus kekal dalam acara ini (400m) saya tidak berani memberikan jaminan kerana semuanya terpulang kepada jurulatih dan saya akan ikut mana yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi atlet lelaki negara, Muhammad Azam Masri menamatkan larian 400m dengan catatan 48.03s, manakala dua atlet wanita, Shereen Samson Vellabouy dan Nurul Faizah Asma Mazlan masing-masing menamatkan larian dengan catatan 55.53s dan 56.42s.
Bagi acara pecut 100m lelaki pula, pemegang rekod kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan menamatkan larian dengan catatan 10.47s, Jonathan Nyepa (10.66s) dan Mohd Haiqal Hanafi (10.73s), manakala Jonathan yang juga wakil tunggal acara 200m lelaki mencatatkan 21.53s.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m84dlU✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment