Kota Setar Juara LBR Wanita 2017
PEMAIN Kota Setar meraikan kemenangan selepas menewaskan FELDA United dalam aksi Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Wanita 2017 di padang Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, petang tadi.
SERDANG: Kota Setar merangkul gelaran juara Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Wanita 2017 selepas menumpaskan FELDA United 2-1 dalam aksi final yang berlarutan sehingga ke masa tambahan di padang Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, petang tadi.
Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan jaringan sepanjang 90 minit masa penuh perlawanan dan keputusan muktamad ditentukan di masa tambahan.
Ketika masa tambahan, skuad dari Kedah yang dibimbing Zulkifli Jaffar terlebih dulu memecah jaringan seawal minit kelapan hasil jaringan Atin Surang sebelum Nor Adilah Idrus melengkapkan gol kedua, empat minit kemudian.
Bagaimanapun FELDA yang dibimbing bekas pemain Kelantan, Rozmin Musa bangkit untuk merapatkan jurang hasil jaringan Norhawa Md Yassin pada minit terakhir masa tambahan.
Namun, jaringan itu belum cukup untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti sekali gus mengekalkan kelebihan 2-1 milik Kota Setar.
Kejayaan itu menyaksikan Kota Setar membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan piala manakala FELDA yang terpaksa berpuas hati selaku naib juara menerima hadiah wang tunai RM10,000.
Sebelum itu, Kota Setar melangkah ke final selepas menewaskan Bintulu dengan keputusan 4-0 manakala FELDA menang tipis 2-1 ke atas Jeonsa dalam satu lagi aksi penentuan separuh akhir.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lsVaie✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment