Mayat Warga Jerman Dipenggal Militan Abu Sayyaf Ditemui
MANILA: Mayat Juergen Gustav Kantner, pelancong warga Jerman yang dibunuh militan Abu Sayyaf ditemui tentera Filipina di Barangay Buansa, Sulu.
Kantner, dipenggal kepalanya minggu lalu selepas tempoh tuntutan wang tebusan yang ditetapkan militan itu berakhir Ahad lalu.
Kantner diculik November lalu ketika belayar bersama rakan wanitanya di perairan Sabah.
Rakan wanitanya itu bagaimanapun dibunuh dan mayatnya ditemui dalam kapal layar di Pulau Laparan, di Sulu.
Kejadian mengulangi insiden serupa tahun lalu apabila militan berkenaan memenggal kepala dua warga Kanada juga atas sebab sama.
Ketika ini dilaporkan lebih 20 warga asing dan tempatan abu sayyaf jadi tahanan abu sayyaf di selatan Filipina.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lL35mo✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment