Pyongyang Sepatutnya Hargai Hubungan Baik Dengan Malaysia
KUALA LUMPUR: Pyongyang seharusnya menghargai dan menjaga hubungan dua hala dengan Malaysia, kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.
Mustafa berkata, dengan status sebagai antara negara diktator yang tidak mempunyai banyak hubungan baik di peringkat antarabangsa, tindakan Duta Korea Utara, yang membuat mempertikai tindakan malaysia dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, bakal menjejaskan reputasi republik itu untuk jangka masa panjang.
Ujar beliau, sebagai tuan rumah, Malaysia mempunyai hak untuk menentukan sikap , dasar dan pendiriannya dengan sesebuah negara terutama yang melanggar protokol diplomatik serta nilai-nilai ketatasusilaan.
“Korea Utara harus fikir dengan serius, misalnya jika Malaysia mengambil langkah yang lebih drastik, yang lebih tegas dengan menggantung hubungan dengan Korea Utara, pihak yang akan rugi pihak Korea Utara sendiri kerana Malaysia tidak mendapat banyak faedah daripada hubungannya dengan Korea Utara, hubungan ini sebenarnya lebih banyak mneguntungkan Korea Utara,” ujarnya kepada Astro AWANI.
Tegas beliau, Korea Utara seharusnya belajar bagaimana untuk membina hubungan baik dan menghormati negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka.
“Sesiapa yang akan menggantikan Kang Chol kelak mesti tahu bagaimana untuk bina hubungan yang baik negara tuan rumah yang mempunyai hubungan dengan mereka.
“Apa pun langkah Malaysia adalah bergantung kepada apakah reaksi Korea Utara selepas ini kerana Malaysia berhak menentukan sikapnya kerana kita tidak mahu mana-mana negara tidak hormati dan keluarkann kenyataan hingga menjejaskan nama kita di peringkat antarabangs,” tegasnya lagi.
Beliau mengulas tindakan Malaysia mengusir Duta Korea Utara, Kang Chol selepas beliau mempertikai tindakan malaysia dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.
Tindakan itu dilihat melanggar protokol diplomatik dan menghina negara.
Pada Jumaat, Pakar Kimia, Ri Jong-chol diusir balik ke negara asalnya selepas bukti untuk menuduhnya terlibat dalam pembunhan tersebut tidak mencukupi.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mrfdxv✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment