Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bruins Pertahan Gelaran Powerman Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bruins Pertahan Gelaran Powerman Malaysia

ATLET Belanda Thomas Bruins muncul juara selepas menamatkan larian kategori lelaki elit pada Kejohanan Powerman Asia Duathlon 2017 di Istana Kehakiman hari ini.- Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Peserta Belanda, Thomas Bruins mempertahankan gelarannya di Kejohanan Duathlon Powerman Asia – Malaysia 2017, sekali gus kemenangan ketiga berturut-turut untuknya dalam siri itu tahun ini.

Terdahulu, Bruins telah memenangi Powerman Thailand pada Januari diikuti Powerman Indonesia bulan lalu.

Bruins menamatkan perlumbaan yang membabitkan disiplin larian 10 kilometer, berbasikal (60km) dan larian sekali lagi (10km) dalam kategori elit lelaki dalam masa dua jam 33 minit 57 saat.

Beliau meninggalkan peserta Australia, Matt Smith dan Emmanuel Commendador dari Filipina yang masing-masing mencatat 2:38:47s dan 2:48:36s.

Kejayaan itu membolehkan Bruins membawa pulang hadiah wang tunai 1,250 euro (RM6,000).

“Ia adalah pencapaian yang hebat untuk saya memenangi tiga perlumbaan berturut-turut musim ini.

“Selepas ini saya akan berehat sebulan sebelum menyambung persiapan untuk Kejohanan Powerman Jarak Jauh Duathlon Dunia di Switzerland,” kata Bruins.

Beliau berkata, perlumbaan Powerman Malaysia tahun ini agak sukar dengan laluan yang mencabar serta cuaca.

“Beberapa laluan lurus menjadikan perlumbaan lebih kompetitif. Hujan renyai sepanjang perlumbaan banyak membantu tetapi di babak akhir perlumbaan, cuaca semakin panas dan cukup menyukarkan,” katanya.

Sementara itu, peserta negara, Jason Loh menamatkan perlumbaan di tempat kelima kategori elit lelaki.

“Ini adalah keputusan yang baik untuk saya dan berharap dapat melakukan lebih baik dalam perlumbaan lain. Saya akan berlatih lebih gigih dan mencatat masa yang lebih baik tahun depan,” kata Loh yang akan mengikuti sesi pemilihan Sukan SEA bulan depan.

Annamaria Eberthardt-Halasz dari Hungary pula muncul juara kategori wanita elit dengan catatan 2:52:05s.

Monica Torres dari Filipina menduduki tempat kedua dengan masa 3:04:11s manakala peserta Australia, Alexandra McDougall, ketinggalan 19 saat untuk berada di tempat ketiga. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lNoagY

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.