Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lokasi 'Pesona Non Grata', Kang Chol Terus Jadi Teka-teki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lokasi 'Pesona Non Grata', Kang Chol Terus Jadi Teka-teki

KUALA LUMPUR: Kurang 30 jam sebelum tamat tempoh 48 jam pengusiran Duta Besar Korea Utara ke Malaysia ke negara asalnya, lokasi Kang Chol bagaimanapun masih menjadi teka-teki.

Hasil tinjauan Astro Awani di kedutaannya di Bukit Damansara di sini mendapati hanya ada Konsulat Korea Utara, Kim Yu Song dan beberapa individu lain di lokasi berkenaan.

Namun, tiada kelibat Kang Chol dilihat di kedutaan itu hasil pemerhatian media sejak enam pagi tadi.

Ratusan pengamal media tempatan dan asing berada di hadapan kedutaaan berkenaan bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai Kang Chol selepas arahan pengusiran dari Malaysia.

Cubaan media beberapa kali untuk mendapatkan reaksi Konsulat Korea Utara juga gagal.

Difahamkan pihak media akan terus ‘berkampung’ di hadapan kedutaan sehingga tamat tempoh 48 jam berkenaan.

Kementerian Luar Negeri melalui Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Korea Utara semalam mengisytiharkan Kang Chol sebagai Persona Non Grata dan beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam bermula 6 petang Sabtu.

Pengusiran Kang Chol dibuat susulan kegagalan berjumpa dengan pihak Kementerian Luar Negeri dan keengganan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis  berikutan dakwaan negatif yang dibuatnya terhadap Malaysia sebelum ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lKnecr

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.