Hi! Welcome Back and Stay Tune! Desak Pewujudan Mahkamah Khas Kes Dadah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Desak Pewujudan Mahkamah Khas Kes Dadah

Spread the love

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan terus mendesak bagi pewujudan mahkamah khas khusus untuk mengendalikan kes dadah memandangkan begitu banyak kes berkaitan dadah mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye dalam kenyataannya hari ini turut mencadangkan agar semua undang-undang berkaitan pembasmian dadah dikaji semula bagi meningkatkan keberkesanannya membendung penyalahgunaan dan penagihan dadah.

Menurut Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), seramai 22,058 penagih dadah direkodkan antara Januari hingga September tahun lepas, dengan 75.1 peratus daripadanya merupakan penagih baharu.

“Jumlah tersebut adalah 9.8 peratus meningkat daripada 20,091 penagih dadah yang direkodkan dalam tempoh sama pada 2015,” kata Lee.

Statistik tersebut turut mendedahkan pada awal tahun lalu, belia berusia antara 19 dan 39 tahun merupakan penagih paling ramai iaitu 16,211 orang diikuti dewasa (5,300) dan juvenil (547).

“Keseluruhannya, 76 peratus penagih dadah yang direkodkan pada tahun lepas merupakan golongan belia dan kebanyakannya adalah kes baharu,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lMr1qA

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.