Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayer Leverkusen Pecat Roger Schmidt - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayer Leverkusen Pecat Roger Schmidt

LEVERKUSEN (Jerman): Bayer Leverkusen memecat Roger Schmidtm sebagai jurulatih, hari ini selepas kelab itu mengharungi musim paling teruk dalam saingan Bundesliga sepanjang tempoh 14 tahun.

Jawatankuasa pemegang saham dan lembaga pemantau Leverkusen memutuskan supaya Schmidt diserapkan ke bahagian pengurusan kelab. Dan, penggantinya akan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Kedudukan Schmidt mula dipertikaikan selepas beberapa keputusan teruk sepanjang musim ini, tetapi kekalahan 6-2 kepada Borussia Dortmund menamatkan kesabaran kelab dan membuat keputusan memecatnya.

Kekalahan itu menyaksikan Leverkusen tewas kali ketiga berturut-turut dalam semua kejohanan, termasuk tunduk 4-2 kepada Atletico Madrid di dalam sendiri dalam aksi Liga Juara Juara.

Leverkusen tewas lima daripada tujuh perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.

“Kami membuat keputusan selepas melakukan analisis penuh dan yakin, perpisahan ini walaupun pahit dan sukar, ia tidak boleh dielakkan demi pembangunan, masa depan serta sasaran Bayer 04,” kata Pengarah Urusan, Michael Schade.

Schmidt, yang bakal menyambut hari ulang tahun kelahiran pada 13 Mac ini menyertai Leverkusen pada 2014 dan mengikat kontrak sehingga Jun 2019. – AP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m8qrEj

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.