7 Sebab Kenapa Isteri Di Malaysia Selalu Curang
1. Kurang perhatian
Isteri juga seperti suami yang perlukan perhatian, perlukan kasih dan sayang. Kadang-kadang isteri juga meminta untuk dibelai. Jadi si suami janganlah ambil ringan perkara ni dengan kata lain suami yang terlalu sibuk mungkin akan menyebabkan isteri akan berlaku curang di belakang anda. Sifat wanita yang pemalu biasanya dia tidak akan menyatakan kepada suaminya jika dia perlukan berjimak dan ini akan menambahkan lagi masalah kepada perhubungan jika suami tidak pernah faham akan ‘tanda’ dan ‘hint’ yang isteri berikan.
2. Perhatian dari lelaki lain
Lumrah wanita sukakan perhatian dan pujian… lebih-lebih lagi jika yang memujinya adalah dari seorang lelaki. Bagi wanita yang bersuami, perhatian yang lebih daripada lelaki yang lain daripada suaminya sendiri boleh menyebabkan mereka berlaku curang. Pada kebiasaannya, kecurangan ini berlaku apabila suami sendiri kurang memberi perhatian kepada mereka dan pada masa yang sama ada lelaki lain yang lebih mengambil berat tentang diri mereka.
3. Berubah sikap dan penampilan
Perubahan sikap dan penampilan fizikal suami juga menjadi satu sebab mengapa isteri curang. Dulu jika suaminya seorang yang hensem dan kurus tetapi sekarang dah gemuk dan perut ke depan pasti ada sesetengah isteri perlukan pasangan yang lebih menarik serta bergaya daripada suami mereka. Wanita atau isteri sama juga seperti lelaki yang sukakan kecantikan atau ketampanan. Begitu juga dengan perubahan sikap suami. Dulu suaminya seorang yang penyabar, kelakar dan romantik tapi dek kerana perubahan usia dan tekanan kerja mungkin pasangannya berubah dan ini pastinya akan menganggu naluri isteri itu sendiri.
4. Terlalu banyak perbezaan
Biasanya masalah ini terjadi apabila pasangan berkahwin mempunyai perbezaan umur yang ketara. Selain itu pasangan yang mempunyai latarbelakang sosial berbeza juga menjadi penyebab perkara ini berlaku. Dek kerana perbezaan umur dan latarbelakang sosial berbeza ini akan menyebabkan pasangan tersebut mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza dalam setiap hal. Akhirnya isteri yang tidak tahan sikap pasangannya akan mencari pasangan luar yang lebih memahami dirinya.
5. Balas rasa sakit hati
Biasanya alasan ini diberikan apabila isteri pernah dicurangi oleh suaminya. Sekalipun wanita lebih banyak menyimpannya dalam hati dan memendam rasa akibat hubungan sulit yang dilakukan oleh suaminya, ada juga yang beranggapan jika suaminya boleh berlaku curang mengapa dia tidak boleh. Jadi sama-sama perlu ambil perhatian supaya masing-masing tidak saling curang mencurangi. Isteri adalah wanita yang memiliki hati yang sangat sensitif. Jangan curang ok!
6. Tarikan material
Semua isteri atau wanita mahukan lelaki atau suami yang mampu memberikan kebahagian kepada mereka baik dalam bentuk perasaan mahupun material. Suami yang tidak mampu memberikan kebahagiaan dari aspek tersebut juga menjadi salah satu sebab mengapa isteri curang. Mungkin isteri tidak menyatakan yang dia inginkan itu ini kerana memahami situasi ekonomi suami, namun jauh di sudut hatinya, pasti inginkan sedikit kemewahan dan kesenangan hidup.
7. Tidak mendapat kepuasan dari suami
Seks adalah salah satu elemen yang penting dalam hubungan suami isteri. Kegagalan si suami memuaskan kehendak berjimak isteri akan membuatkan isteri akan mencari fantasi berjimaknya sendiri. Jika tidak cukup imannya, berkemungkinan si isteri akan tergoda dengan lelaki lain yang baginya dapat melunaskan dahaganya selama ini. Buat suami-suami di luar sana…berusahalah dari sekarang supaya anda lebih prihatin terhadap naluri semulajadi isteri anda.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lsxVVP✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment