Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Terlibat Kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Terlibat Kemalangan

MIRI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan melawat saudaranya yang meninggal dunia, di KM88 Jalan Sibu-Bintulu kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Entulu, 63, yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata, ketika kejadian beliau memandu kenderaan pacuan empat roda dengan ditemani isterinya, Datin Jacklyne Anthony, 29, untuk menziarah saudaranya yang meninggal dunia di Rumah Chuat, Sungai Arip, Balingian.

“Kenderaan itu tiba-tiba tergelincir dan tidak dapat dikawal lalu berpusing dan akhirnya melanggar pokok kelapa sawit yang berhampiran,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Entulu berkata sewaktu kejadian keadaan jalan agak licin kerana hujan renyai-renyai .

“Saya mengalami kesukaran bernafas selepas keluar dari kenderaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian, kemudian membantu membawanya serta isteri ke Klinik Kesihatan Tatau.

“Tiada kecederaan serius, cuma sakit badan manakala isteri agak trauma akibat kemalangan tersebut,” katanya sambil menjelaskan kenderaan miliknya itu remuk di bahagian hadapan serta tepi.

Beliau yang kini sudah berada di Kuala Lumpur menganggap kejadian tersebut sebagai dugaan.

Gambar kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Entulu menjadi tular dalam media sosial hari ini menyebabkan timbul spekulasi mendakwanya terlibat dalam kemalangan serius. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mrKRLm

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.