Hi! Welcome Back and Stay Tune! Korea Utara Perlu Belajar Hormati Negara Lain – TPM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Korea Utara Perlu Belajar Hormati Negara Lain – TPM

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta kerajaan Korea Utara agar belajar menghormati negara lain serta mengambil kira kepentingan warga antarabangsa dalam penyelesaian isu kematian Kim Jong-nam.

Katanya Korea Utara tidak boleh melihat kes kematian Kim Jong-nam sebagai isu dalaman negara berkenaan semata-mata kerana ia turut membabitkan warga antarabangsa dan hubungan pelbagai negara.

“Korea Utara perlu menghormati hubungan diplomatik antarabangsa. Bagi mereka, ia (kes kematian Kim Jong-nam) bukan berkaitan isu antarabangsa tapi sebagai isu mereka. Saya fikir Korea Utara perlu belajar menghormati negara lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup di Bangunan UMNO Sabah, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan pengusiran Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, semalam.

Menurutnya meskipun keputusan mengusir duta Korea Utara itu dikeluarkan oleh kementeriannya namun keputusan itu dibuat oleh Kabinet.

“Ia sebenarnya keputusan dibuat oleh Kabinet dan saya fikir kita sudah beri mesej yang jelas kepada kerajaan Korea Utara bahawa kita serius menyelesaikan masalah ini dan kita tidak mahu ia dimanipulasi.

Ahmad Zahid berkata pendirian yang diambil duta Korea Utara ke Malaysia berhubung isu kematian Kim Jong-nam ialah beliau (Kang Chol) cuba memanipulasi isu berkenaan.

“Kita lakukannya secara profesional dari segi penyiasatan saksi, termasuk beberapa bukti yang kita jumpa melalui DNA, forensik, CCTV berdefinisi tinggi, juga beberapa elemen perisikan yang kita jumpa,” katanya.

Katanya sebagai masyarakat antarabangsa, semua negara harus bekerjasama menyelesaikan masalah itu dan bukannya memburukkan keadaan dengan memanipulasi sesuatu isu.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mFsqD8

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.