KRT Digalak Bergiat Aktif Dalam Program Sentuhan Kasih
Spread the love
SEREMBAN – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini digalakkan aktif mengadakan program sentuhan kasih di kawasan masing-masing bagi mendekatkan KRT dengan penduduk sekitar.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) negeri, Safidah Abu Samah berkata program menyantuni warga taman itu sebagai satu daripada usaha KRT membantu golongan memerlukan.
“Kita mahu KRT lebih memfokuskan program sentuhan kasih atau ziarah kasih yang mana mereka turun melawat dari rumah ke rumah bagi membantu mereka yang memerlukan.
“Program ini dapat mendekatkan KRT dengan penduduk yang akan memberi impak besar tetapi dengan kos yang kecil, berbanding mengadakan program jamuan makan dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas Program Sentuhan Kasih anjuran KRT Taman College Height, Sikamat, dekat sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi KRT Taman College Height Taslim Khan Kutub Din.
Safidah berkata kira-kira 20 peratus daripada 366 KRT di negeri ini dikesan tidak bergiat aktif di kawasan masing-masing.
“Kita telah kenal pasti KRT yang terlibat dan antara puncanya ialah masalah kepimpinan dan kerjasama dalam KRT.
“Kita akan menasihatkan KRT yang terlibat agar mengambil inisiatif dan jalan penyelesaian yang terbaik agar dapat bergerak aktif sekali gus dapat membantu masyarakat setempat,” katanya.
Beliau berkata setiap KRT yang aktif akan diberi geran bagi membantu mereka menjalankan program-program kemasyarakatan.
Sementara itu, pada program hari ini sebanyak tujuh buah rumah di kawasan Taman College Height dikunjungi rombongan JPNIN dan KRT bagi menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur dan wang tunai. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment