Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bola Sepak Pantai AFC: Iran Aibkan Malaysia 14-0 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bola Sepak Pantai AFC: Iran Aibkan Malaysia 14-0

KUALA TERENGGANU: Malaysia mengalami kekalahan kedua dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC selepas dimalukan Iran 0-14 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.

Moslem Mesigar membuka tirai jaringan buat Iran pada minit ketiga sebelum Mohamadali Mokhtar dan Moslem menambah dua lagi gol dalam tempoh seminit.

Dua minit sebelum suku pertama berakhir, Iran memperoleh tiga lagi gol, kali ini menerusi Farid Boulokbashi, Mohamadli dan Mostafa Kaini untuk menjadikan kedudukan 6-0.

Bersambung suku kedua, Iran menambah derita skuad negara dengan menyumbat enam lagi gol hasil jaringan Syed Ali Nazim (m-14) serta tiga gol pantas Hamid Behzadpour, Farid Boulokbashi dan hatrik Mohamadali (m-17).

Skuad kendalian Mohammad Hoseyn Mirshamsi itu terus bernafsu untuk mendahului 12-0 menerusi penalti Mohammad Ahmadzadeh (m-21) serta satu lagi hatrik dari Farid Boulokbashi (m-23).

Berbeza dengan aksi pembukaan semalam, skuad negara nyata gagal menandingi Iran selepas melepaskan dua lagi gol di penghujung perlawanan.

Kedudukan 14-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan skuad negara perlu bangkit dalam aksi ketiga Kumpulan A bertemu Bahrain, esok, untuk menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lNd7V0

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.