Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cub Prix: Kasma Juara Sulung CP150 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cub Prix: Kasma Juara Sulung CP150

Kasma Daniel Kasmayudin juara sulung CP150. -Foto Fathil Asri.

KUALA LUMPUR: Juara CP130 2016, Kasma Daniel Kasmayudin membuktikan statusnya sebagai pelumba pilihan apabila muncul pemenang pertama kategori baharu – CP150 pada Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Temerloh, Pahang, sebentar tadi.

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu yang bermula di petak kedua mengetepikan seorang lagi pelumba pilihan, Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) dan menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14’38.563s.

“Saya memulakan perlumbaan dengan baik dan dapat mendahului pelumba lain. Selepas itu saya cuba untuk lari dari kelompok kedua yang mempunyai ramai pelumba dan seterusnya mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” kata Kasma.

“Kemenangan ini amat penting untuk mengutip mata maksimum pada dua pusingan terawal musim ini kerana saya juga akan beraksi di Sepanyol dan mungkin pertindihan jadual menyebabkan saya tidak dapat beraksi di Cub Prix dalam beberapa pusingan.

“Saya menghadiahkan kemenangan ini kepada pasukan, penaja, keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Tempat kedua milik rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham yang bijak menggunakan peluang selepas insiden kemalangan di antara Zaqhwan dan Mohd Fitri Ashraff Razali (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) ketika bersaing untuk merebut kedudukan kedua dan ketiga.

Fazli menamatkan perlumbaan dengan masa 14’38.563s diikuti Zaqhwan ketiga, 14’42.864s.

Saingan kelas CP115 menyaksikan saingan sengit sejak awal perlumbaan di antara duo PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dan Motul Zeneos Yamaha YY Pang sebelum kemenangan menjadi milik juara bertahan, Md Akid Aziz diikuti rakan sepasukan, Md Haziq Md Fairues.

Akid menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’22.325s diikuti Haziq, 11’23.145s. Tengku Amirul Haffirudin berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dengan masa 11’32.175s.

Dalam perlumbaan kelas Wira, pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing meneruskan penguasaan mereka untuk memburu gelaran juara keseluruhan buat kali keempat berturut-turut apabila Saiful Azhary Muhamad muncul juara dengan masa keseluruhan 9’23.448s

Ia diikuti duo PETRONAS Sprinta Yamaha – AFB Tech, Md Danial Syahmi dan Md Aiman Tahiruddin, masing-masing dengan masa 9’26.203s dan 9’26.615s.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mGCLyP

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.