Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sarawak Sasar Jadi Kuasa Sukan Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sarawak Sasar Jadi Kuasa Sukan Negara

KUCHING: Sarawak yakin dengan keupayaannya untuk muncul sebagai kuasa sukan baharu negara ini melalui inisiatif menggilap lebih ramai bakat baharu dalam pelbagai jenis sukan, terutama membabitkan golongan muda dari kawasan pedalaman dan luar bandar.

Menteri Belia, Sukan dan Perpaduan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong, berkata kerajaan negeri sedang memperhalusi cadangan membina sebuah perkampungan belia dan sukan di Kuching, khusus bagi mendokong usaha berkenaan.

Kompleks itu yang bakal dibina di Petra Jaya, di sini bakal dijadikan pusat sehenti untuk mengasah bakat sukan atlet muda yang mampu mewakili negeri, seterusnya berpotensi mewakili negara di peringkat antarabangsa.

“Kita sedang memperhalusi cadangan pembinaan kompleks itu yang lengkap dengan pelbagai kemudahan latihan beberapa jenis sukan berkaitan, malah kerja pembinaan akan dimulakan tidak lama lagi.

“Dengan adanya kompleks itu, kita akan menghimpunkan semua atlet muda berpotensi, terutama dari pedalaman dan luar bandar untuk diberikan latihan secukupnya menggunakan segala kemudahan di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Bina Badan Mr Kuchong 2017 anjuran Persatuan Bina Badan Sarawak, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya terdapat keperluan membina perkampungan belia dan sukan itu yang dikhususkan bagi usaha membimbing bakat muda sukan dari seluruh negeri.

“Kita mahu pencapaian atlet kita lebih dari sekadar menjadi juara (dalam acara sukan tertentu), sebaliknya kita mahu mereka menjadikannya sebagai satu kerjaya seperti pemain bola sepak di England, Portugal, Sepanyol, Itali dan Jerman.

“Di sana, mereka menjadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya dengan meraih pendapatan yang lumayan sehingga ada mencecah jutaan ringgit seminggu, tidak termasuk kemudahan dan insentif lain yang disediakan kelab masing-masing,” katanya.

Katanya, banyak negara termasuk Korea Selatan, Jepun, China dan Australia juga sudah mula menjadikan sukan persaingan sebagai sukan kerjaya yang menawarkan pendapatan lumayan kepada rakyat negara mereka. 

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mGSaiM

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.