Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bola Sepak Pantai AFC: Iran Pesta Gol - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bola Sepak Pantai AFC: Iran Pesta Gol

KUALA TERENGGANU: Malaysia bukan tandingan Iran apabila skuad negara itu berpesta gol 14-0 dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Pantai Batu Buruk, di sini, sebentar tadi.

Gawang negara yang dikawal Ismail Zakaria dibolosi seawal minit ketiga menerusi Moslem Mesigar.

Mohammadali Mokhtari menambah jaringan kedua Iran tiga minit selepas itu sebelum Mesigar sekali lagi menjaringkan gol ketiga seminit selepas itu.

Skuad negara cuba memberi saingan, namun Iran berjaya merobek gawang negara menerusi Farid Boulokbashi pada minit 11, 17, 23 dan 30.

Mokhtari juga mempamerkan sentuhan berbisa apabila menambah tiga gol lagi pada minit 12,17 dan 30.

Empat gol Iran masing-masing disumbangkan Mostafa Kiani minit 12, Sayed Ali Nazem (m14), Hamid Behzadpour (m17) dan Mohammad Ahmadzadeh (m21).

Pengendali Malaysia, Ismail akur dengan keputusan petang ini dan menyifatkan jurang antara pasukannya dengan Iran begitu jauh beza.

Katanya, dia berharap pasukannya akan memberi saingan kepada Bahrain dalam perlawanan ketiga, petang esok.

“Saya akur dengan kehebatan Iran dan kita harus menerima hakikat yang pasukan bola sepak pantai negara memerlukan jangka masa beberapa tahun lagi untuk setanding dengan negara Asia lain.

“Begitupun, kita akan berusaha memberi saingan kepada Bahrain petang esok dan jurang permainan kita dengan mereka tidak jauh berbeza,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mGj4Hd

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.