Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Saya Tak Kisah Bertemu Dengan Mereka’ – Zakir Naik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Saya Tak Kisah Bertemu Dengan Mereka’ – Zakir Naik

Spread the love

PENDAKWAH ulung antarabangsa, Dr Zakir Naik bersedia bertemu dengan peguam, Siti Kassim bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan, kata Pegawai khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurut Fathul Bari, beliau telah menanyakan Zakir Naik mengenai perkara tersebut dan beliau bersetuju jika perkara itu membuahkan hasil yang baik.

If you think it will be fruitful and their niyyah is good, I would not mind meeting them” (Jika kamu fikir ia membuahkan hasil baik dan niat mereka bagus, saya tidak kisah bertemu dengan mereka),” tulis Zakir Naik dalam mesej balas kepada Fathul Bari.

Beliau menambah, Zakir kini berada di Malaysia dan jika ada persetujuan semua pihak, pertemuan ini boleh diadakan bila-bila masa.

Sekiranya pihak terbabit bersetuju, boleh sahaja buat secara tertutup, yang penting dapat luahkan apa yang dia (Siti) nak cakap. Perkara ini penting kerana dia (Siti) telah bercakap kepada umum dengan dakwaan tertentu sehingga menimbulkan pelbagai keraguan kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Fathul Bari berkata kepada Sinar Online bahawa tiada jawapan balas dari Siti Kassim berhubung kesediaan cadangan pertemuan itu.

Namun pihak berkenaan tidak beri apa-apa maklum balas berhubung hal tersebut. Saya pula tidak menghubungi peguam tersebut (Siti) secara langsung,” katanya.

Rabu lalu, 19 orang termasuk pengerusi kumpulan Hindraf P Waythamoorthy dan peguam Siti Kasim memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi Zakir.

Mereka mendakwa kononnya Tokoh Maal Hijrah 2013 itu adalah sebagai individu berbahaya dan ekstremis yang tidak sepatutnya dibenarkan berada di Malaysia.

Mereka juga mendakwa kehadiran Zakir di Malaysia akan membawa ancaman kepada keselamatan negara. –MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n19f2W

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.