Hi! Welcome Back and Stay Tune! Park Rangkul LPGA Juara Juara Wanita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Park Rangkul LPGA Juara Juara Wanita

SINGAPURA: Pemain Korea Selatan, Park In-Bee mempamerkan aksi menakjubkan untuk menjuarai saingan LPGA Juara Juara Wanita selepas pendahulu, Michelle Wie mensia-siakan peluang apabila melakukan empat pukulan yang mencatat double bogey.

Park beraksi cemerlang pada pusingan akhir apabila merakamkan lapan bawah par 64 untuk menamatkan saingan 19 bawah par 269 sekali gus meraih gelaran pertama sejak memenangi pingat emas pada Olimpik Rio 2016.

“Putting saya sangat menakjubkan hari ini. Semalam saya sangat kecewa dengan putter saya.

“Namun, saya berjaya memperbaikinya hari ini dan ia (berlaku) seperti apa yang saya harapkan,” kata Park yang hanya melakukan bogey di lubang ke-18.

Ariya Jutanugarn dari Thailand berada di tempat kedua dengan 18 di bawah par selepas menamatkan 66 sementara bintang Korea Selatan sedang meningkat naik, Park Sung-Hyun di tempat ketiga dengan 16 bawah par selepas pusingan final 68.

Michelle mendahului dengan dua pukulan selepas membuat birdie pada lubang ketiga dan keempat tetapi kehilangan tempat selaku pendahulu carta selepas merakam empat pukulan putt dari jarak 12 kaki untuk mencatat double bogey 7 pada par ke-5.

Pemain Amerika Syarikat itu menamatkan saingan dengan 72 untuk berkongsi kedudukan keempat bersama pemain Kanada, Brooke Henderson (66) dan juara tahun lalu, Jang Ha-Na (69).

“Secara keseluruhannya saya tidak boleh merungut. Namun, sudah pasti ada sedikit kekecewaan.

“Sudah tentu saya mahu berjalan pulang dengan membawa trofi tetapi ada peningkatan dalam prestasi saya sepanjang minggu ini. Saya bangga dengan diri saya,” kata Michelle. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mGzC22

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.