Hi! Welcome Back and Stay Tune! PUNB Lulus Pembiayaan Bernilai Lebih RM2.5 Bilion Untuk Bumiputera Sejak 1991 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PUNB Lulus Pembiayaan Bernilai Lebih RM2.5 Bilion Untuk Bumiputera Sejak 1991

MELAKA: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)meluluskan pembiayaan melebihi RM2.5 bilion kepada 8,745 usahawan Bumiputera dengan melibatkan 6,171 syarikat sejak penubuhannya pada 1991 sehingga 31 Jan, 2017.

Pengerusi, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM522.43 juta diluluskan kepada 2,835 usahawan wanita atau 32.4 peratus melibatkan 2,130 syarikat.

“Daripada penggubal dasar iaitu kerajaan, hingga ke peringkat pelaksana dasar seperti PUNB, masing-masing memainkan peranan penting dalam meningkatkan kedudukan wanita dalam bidang keusahawanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Prospernita Zon Selatan 2017 di sini, hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri merasmikan program itu.

Mohd Ali berkata di Melaka, PUNB telah membangunkan 104 usahawan wanita daripada 84 syarikat dengan nilai keseluruhan pembiayaan diluluskan sebanyak RM16.30 juta dalam pelbagai industri dan perniagaan.

Empat bidang perniagaan yang mendapat pembiayaan tertinggi bagi kategori usahawan wanita di Melaka ialah pakaian, tekstil dan aksesori sebanyak 19 peratus; makanan dan minuman (9.5 peratus), farmasi (9.5 peratus) dan pendidikan (8.3 peratus), katanya.

Beliau berkata, selain menawarkan pembiayaan perniagaan, PUNB turut melaksanakan pelbagai program untuk memperkasakan dan meningkatkan ekonomi usahawan wanita di negara ini termasuk menerusi Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-Kit), Inkubator Kemahiran Usahawan Wanita (I-KeuNita), Pembangunan Kemahiran dan Latihan Keusahawaan (BEST) dan Prospernita.

Sokongan korporat terhadap aspek pemantauan perniagaan, latihan dan pembangunan usahawan, jaringan perniagaan, promosi dan publisiti turut ditawarkan bagi memastikan perniagaan usahawan wanita di bawah PUNB terus kukuh, katanya.

“Justeru itu, saya menggesa golongan usahawan wanita di negara ini agar dapat memanfaatkan segala kemudahan, pembiayaan dan latihan yang disediakan untuk memperluaskan jaringan perniagaan mereka di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Program Prospernita, yang membawa tema ‘Bertahan atau Tidak – Mengurus Cabaran Perniagan di Ekonomi Terbuka’ kali ini, bertujuan mengetengahkan usahawan wanita PUNB dan menarik lebih ramai penglibatan wanita ke dalam sektor perniagaan dan korporat. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lKWfgY

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.