Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Biar Politik Pecah-Belahkan Umat Islam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Biar Politik Pecah-Belahkan Umat Islam

Spread the love

SUNGAI PETANI – Umat Islam perlu bersatu dan jangan membenarkan perbezaan politik memecah-belahkan hubungan sehingga membawa kepada permusuhan sesama sendiri.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kekuatan ukhuwah Islamiah dan perpaduan perlu dipertahankan oleh seluruh umat Islam.

“Saya tidak mahu kita berpecah belah disebabkan politik, merosakkan hubungan di kalangan ummah sehingga bermusuhan sesama sendiri.

“Jika ada sebarang salah faham atau perselisihan hendaklah diselesaikan secara baik dan berhemah, tidak ikut melawan dengan kekerasan,” katanya semasa berucap pada Majlis Multaqa Murabbi Ummah 2017 peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, terdapat banyak sebab mengapa umat Islam berpecah, antaranya kerana wujud berbagai-bagai parti politik dan kumpulan tertentu selain sifat taksub kepada pemimpin.

“Justeru, saya meletak peranan yang penting kepada tuan-tuan dan puan-puan serta semua pihak termasuk golongan politik untuk kembali ke landasan yang betul supaya kita bersatu padu dalam menghadapi musuh sebenar kita iaitu penindasan dan fitnah terhadap umat Islam.

“Percayalah, politik yang keterlaluan akan membawa bala kehancuran kepada umat Islam dan negara kita,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu Kerajaan Pusat menyerahkan cek peruntukan berjumlah hampir RM50 juta untuk diagihkan kepada Pegawai Masjid, Guru Takmir, Guru Sekolah Pendidikan Islam (SPI) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mSOirQ

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.