Hi! Welcome Back and Stay Tune! Venue Malaysia Lawan Korea Utara Diumum Esok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Venue Malaysia Lawan Korea Utara Diumum Esok

KUALA LUMPUR: Perkembangan mengenai venue perlawanan bagi pusingan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia menentang Korea Utara di Pyongyang bakal diketahui esok.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata beliau akan memaklumkan perkembangan terbaru mengenai perkara berkenaan pada esok.

“Memang ada perkembangan terbaru, kita akan keluarkan kenyataan media pada esok, itu saja saya boleh katakan setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, Hamidin telah berbincang dengan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul untuk bermain di gelanggang berkecuali sekiranya terdapat ancaman terhadap keselamatan pasukan kebangsaan di Pyongyang.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara menjadi tegang selepas berlakunya pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang KL 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Jong-nam berada di KLIA 2 pada 13 Februari untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita tiba-tiba muncul dan didakwa menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang dipercayai dilumur dengan bahan yang kemudian dikenali sebagai agen saraf VX.

Beliau dikejarkan ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Jong-nam dilaporkan menggunakan pasport atas nama Kim Chol semasa berada di Malaysia.

Dua wanita, Siti Aisyah, 25, seorang warga Indonesia, dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam, didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang pada Rabu atas dakwaan membunuh Kim Chol.

Semalam, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Duta Korea Utara, Kang Chol sebagai ‘Persona Non Grata’ dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara ini. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n1mGQj

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.