Takde Orang Yang Nak Jadi Janda Kak…
Sejak kebelakangan ini kan, ramai saya tengok bekas-bekas isteri ceritakan kisah sedih bekas suami tidak beri nafkah anak, sedih hidup seorang diri bersama anak, sedih menjadi janda dan macam-macam lagi lah.
Tidak ada orang yang mahu jadi janda kak. Tapi buat apa jadi isteri kalau hari-hari makan hati berulam jantung? Hidup dengan biawak hidup? Kena tipu seumur hidup? Buat apa?
Pasal nafkah anak itu, kalau bekas suami awak tidak beri, tidak payah dipaksa, merayu sampai tahap mencari ahli keluarga dia apa semua. Kalau keluarga dia orang itu ada akal, dia orang sendiri akan suruh bekas suami yang beri nafkah. Betul tak?
Saya bercakap atas pengalaman saya sendiri. Saya bercerai masa anak berusia tiga bulan. Dari aawal mengandung sampai bersalin, main betina, dalam pantang betina cari di rumah. Perit kak nak lalui semua itu. Bila sudah bercerai, minta rujuk pulak. Janji mahu cari kerja, janji mahu cari duit banyak-banyak.
Aku tak mahu duit kau. Aku mahu kau tunaikan tanggungjawab kau. Saya berkeras mahu bercerai, 3 bulan selepas bercerai, dia telefon cakap mahu beri duit pada anak semua. Ok, saya dengarkan saja. Lepas itu ghaib!
Tup.. tup telefon cakap rindu anak apa semua. Masa orang minta duit, mahu beli susu pampers, macam-macam kau bagi alasan. Satu saja saya cakap, kau bawa rindu kau, kau bawa sayang kau, pergi mall, beli pampers susu, pastu hantar pada aku. Aku nak tengok rindu dan sayang kau itu bernilai atau tidak?
Anak saya berumur setahun, saya berkahwin dengan seorang lelaki yang terima anak saya seadanya, sayangkan saya, sayangkan anak saya, tanggungjawab tidak pernah lupa. Nak sakitkan hati saya? Payah sekali.
Mula dari saya bercerai, sampailah berkahwin dengan suami baru, satu sen pun bekas suami tidak pernah beri nafkah untuk anak. Kali terakhir dia telefon, dua bulan sebelum saya berkahwin baru. Saya pesan pada dia:
“Mulai dari saat ini, aku tidak mahu kau cari aku, kacau aku, kacau keluarga aku. Budak ini tidak ada kaitan dengan kau. Dia anak aku, darah daging aku. Bukan anak kau, macam yang kau pernah cakap masa aku kandungkan dia hari itu.”
Bekas suami pernah cakap anak yang saya kandungkan ini bukanlah anak dia, tetapi anak lelaki lain. Tetapi saya sabar saja. Sekarang terhegeh-hegeh nak cari anak saya. Saya bukanlah jenis perempuan yang hadap duit jantan yang tidak berguna macam dia. Saya boleh cari duit sendiri untuk besarkan anak-anak saya. Sampai sekarang, anak saya sudah masuk usia 4 tahun, saya tidak izinkan siapa-siapa pun beri maklumat tentang anak saya itu kepada bekas suami.
Jadi tolonglah, kakak-kakak yang kena tinggalkan suami di luar sana. Usaha sendiri. Tidak payahlah mahu harapkan duit jantan yang sanggup tinggalkan anak kita ini. Saya memang tidak mahu beri satu sen pun duit bekas suami untuk beli barang anak saya, sekarang, alhamdulillah. Hidup kami dua beranak ini semakin bahagia.
Saya ada sebab sendiri kenapa tidak mahu beri bekas suami berjumpa dengan anak saya. Ramai yang marahkan saya. Tidak baik pisahkan anak dari ayahnya. Tetapi, cubalah awak fikirkan betul-betul, kalau ayah dia jenis yang bertanggungjawab, dia tidak akan tinggalkan anak dia masa umur 3 bulan tanpa satu sen nafkah pun.
Bukan saya yang pisahkan, tapi dia sendiri yang pilih jalan itu. Masing-masing punya pendirian masing-masing. Jadi, kakak-kakak, move onlah, besarkan anak dengan kekuatan kita sendiri sebagai ibu dan tolonglah satu lagi, sudah bercerai tu, tidak payahlah termakan pujuk rayu bekas suami. Jangan jadikan ayat “saya kasihankan anak” sebagai alasan untuk dia kembali bersama
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ms1KoU✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment