Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembayaran BR1M Secara Manual Di Perlis Lebih Mudah Dan Cepat – Shahidan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembayaran BR1M Secara Manual Di Perlis Lebih Mudah Dan Cepat – Shahidan

KANGAR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara manual sebenarnya lebih mudah dan cepat selain peluang rakyat menemui pemimpin untuk meminta pertolongan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pembayaran BR1M secara manual wajar dijadikan program pemimpin turun padang dan disertai sama wakil-wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri.

“Hari ini ramai mengambil kesempatan bertemu saya untuk mengadu masalah mereka. Yang mana boleh dibantu, saya bantu atau dipanjangkan kepada jabatan berkaitan,” katanya.

Beliau yang ditemui pada majlis pembayaran BR1M bagi penerima dalam kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) Bintong di Dewan Warisan di sini hari ini turut melahirkan rasa sedih dengan sikap segelintir masyarakat mempertikaikan pembayaran secara manual.

Seramai 9,770 penerima menerima BR1M masing-masing secara tunai dalam tiga sesi pada pagi dan petang ini manakala sesi ketiga esok di tempat sama. Pembayaran sesi pertama selesai dalam masa kira-kira dua jam sahaja.

Dalam mempertahankan pandangannya, Shahidan berkata kerajaan bersedia menambah baik pembayaran BR1M secara manual agar menyenangkan rakyat.

Ketika ditanya mengenai beliau menjadi punca BR1M di Perlis dibayar secara manual yang menjadi tular dalam media sosial, Shahidan berkata ia adalah keputusan kerajaan namun ia adalah wajar kerana penerima mengalami kesulitan dan membuang masa sehingga tiga jam apabila mengambilnya di bank.

“Saya dapat maklum balas ramai mahu BR1M dibayar secara manual kerana mereka boleh dapatkan tunai secara terus namun apa sahaja pandangan rakyat akan diambil kira.

“Mereka yang memaki hamun saya pula wajar berfikir dan bertaubat. Jika memfitnah sampai tahap berleluasa, saya mungkin membuat laporan polis dan mengambil tindak balas yang sepatutnya,” kata Shahidan. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mGfkG0

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

2 comments:

  1. Korg tgk esok2 apa pulak dia nak jawab. Dh jadi berapa kali dah.. Rakyat bodoh tak nak membangun

    ReplyDelete

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.