Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bapa Dipenjara & Ibu Kahwin Lain, Kanak-Kanak 5 Tahun Ini Galas Tanggungjawab Ketua Keluarga Jaga Nenek & Moyang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bapa Dipenjara & Ibu Kahwin Lain, Kanak-Kanak 5 Tahun Ini Galas Tanggungjawab Ketua Keluarga Jaga Nenek & Moyang

8 Mac – Sempena hari wanita sedunia, kisah kanak-kanak perempuan ini boleh dijadikan motivasi dan teladan buat semua wanita-wanita di luar sana.

Wang Anna, 5, tinggal bersendirian di sebuah pergunungan di Zunyi bersama nenek serta moyangnya, 92. Dan ya, kedua-dua mereka sedang mengalami sakit tua.

Seorang wartawan melawat kanak-kanak kecil itu dan berjaya mengupas kisah menyentuh hati Anna dan keluarganya.

Ketika Anna berusia tiga bulan dalam kandungan, bapanya telah dipenjara, menyebabkan ibunya terpaksa tinggal bersama mertua.

Bagaimanapun, ibu Anna berkahwin semula (dengan lelaki lain) selepas melahirkan Anna, seterusnya meninggalkan Anna bersama warga emas itu. Kini, Anna menggalas tanggungjawab ketua keluarga; termasuk memasak, mencuci dan menjaga nenk serta moyangnya.

Menjaga nenek dan moyang bukan tugas yang mudah. Anna bangun di awal pagi untuk menyediakan sarapan untuk keduanya.

Anna terpaksa berdiri di atas bangku untuk menggunakan dapur api dan memasak sayur yang diperoleh dari kebun jiran.

Nenek dan moyang Anna mempunyai pelbagai penyakit dan kedua-duanya mengalami kesukaran untuk bergerak dan menghabiskan masa banyak di katil.

Menggalas tanggungjawab besar itu, Anna langsung tidak mengeluh dan cuba sedaya upaya untuk memapah kedua-duanya itu ke tandas atau berjalan-jalan di sekitar rumah.

Anna juga melakukan kerja rumah seorang diri – dari menyapu habuk hingga membersihkan sampah.

Kisah ‘cinta tiga segi’ keluarga Anna itu telah menyebabkan jiran tersentuh hati.

Mereka membenarkan Anna pergi ke ladang mereka untuk mengambil sayuran segar.

Anna memberitahu wartawan sambil tersenyum bahawa dia mahu menjaga keluarganya itu setiap hari dan mengharapkan mereka dalam keadaan sihat selalu.

Sumber: DM

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lEfRYX

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.