Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maksud Kematian Bagi 6 Agama Dan Kepercayaan Di Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maksud Kematian Bagi 6 Agama Dan Kepercayaan Di Dunia

Mati digambarkan sebagai menyakitkan, gelap, misteri dan abadi, kerana kematian itu memutuskan sama sekali hubungan dengan dunia yang serba indah dan menghiburkan ini.

Maksud kematian

Tetapi, apa sebenarnya mati? Mari kita berhenti sejenak untuk mengetahui apakah maksud mati dalam kepercayaan agama dan masyarakat tertentu dibawah ini.

Hindu

Agama Hindu menyakini kelahiran dan penjelmaan semula jiwa. Nyawa dikatakan keluar meninggalkan jasadnya melalui kepala.

Kematian pula bukanlah satu bencana besar, bukan pengakhiran bagi segala-galanya tetapi merupakan satu proses semulajadi dalam kewujudan jiwa sebagai sebuah entiti berasingan daripada jasad.

Selepas menyusun semula dirinya, jiwa akan pulang sekali lagi ke bumi untuk menyambung perjalanan hidupnya dalam jasad yang lain pula.

Agama Hindu tidak akan menanam mayat tetapi membakarnya kerana mereka percaya keperibadian manusia terdiri daripada lima elemen yang mana empat daripadanya datang dari dunia iaitu, api, tanah, air dan angin.

Elemen kelima adalah jiwa dan ia datang dari dunia yang lebih tinggi.

Dengan membakar jasad, elemen-elemen tersebut akan kembali semula ke sfera masing-masing, sementara roh dan jiwa akan kembali semula ke dunia bagi meneruskan hidup barunya.

Dalam kitab 'Veda', penguasa kematian disebut Yama atau Yamaraj.

Yamaraj akan menaiki seekor lembu hitam dan memegang seutas tali untuk membawa roh yang telah kembali kepadanya.

Tempat tinggalnya disebut sebagai Yamaloka. Wakilnya, Yamadatus akan membawa roh tadi ke hadapan Yamaloka.

Buddha

Agama Buddha melihat kematian sebagai dua perkara yang berbeza iaitu antara kematian dan keduniaan.

Buddha tidak melihat kematian sebagai satu penyambungan jiwa tetapi sebagai satu kelahiran.

Mati dan dilahirkan semula, dilambangkan oleh sesetengah penganut agama Buddha sebagai nyalaan lilin.

Menurut agama Buddha, kematian terjadi disebabkan oleh hal-hal sebagai berikut;

AYUKHAYA. Kerana habisnya masa hidup sesuatu makhluk tertentu.

KAMMA-KHAYA. Kerana habisnya tenaga karma yang telah mencipta kelahiran dari makhluk yang meninggal tersebut.

UBHAYAKKHAYA. Kerana berakhirnya kedua-dua sebab diatas, yang terjadi secara berturut-turut.

UPACHEDAKKA. Kerana keadaan luar, iaitu; Kecelakaan atau bekerjanya gejala alam dari suatu karma akibat kelahiran terdahulu yang tidak termasuk dalam Ubhatakkhaya.

Confucius

Kematian dan kelahiran adalah dua sisi yang saling berkaitan. Kematian tidak mungkin ada tanpa kelahiran.

Kematian adalah akhir bagi mereka yang hidup, tetapi suatu permulaan bagi mereka yang mati.

Sedangkan mati lahir adalah permulaan bagi mereka yang hidup, tetapi akhir bagi mereka yang mati.

Kehidupan mewakili unsur Yang (positif), sedangkan kematian mewakili unsur Yin (negatif).

Zoroastrianism

Ia tidak membakar, menanam atau menenggelamkan mayat ke dalam air tetapi mentakrifkan kematian sebagai sesuatu yang kotor.

Mengikut kepercayaan ini yang muncul di Parsi sekitar 3,000 tahun dahulu, kematian bukanlah kerja tuhan tetapi adalah kerja syaitan.

Oleh itu, mereka akan meletakkan mayat diatas bukit supaya dimakan oleh burung hering.

Biasanya juga, orang-orang Parsi (Zoroastrianism) akan meletakkan mayat tersebut di bumbung menara khas yang dibina sebagai kubur.

Dikatakan sekitar 100 ke 120 ekor burung hering mengerumuni dua atau tiga mayat penganut Zoroaster yang mati setiap hari.

Kristian

Mempercayai bahawa selepas mati, seseorang itu akan diangkat ke syurga atau dihantar ke neraka, berasaskan sama ada dia percaya atau tidak kepada Jesus sebagai penyelamat.

Bagi orang yang percaya kepada Jesus, apabila mati, roh mereka akan bersama-sama Jesus.

Bagi yang tidak percaya, mereka akan menjalani hukuman abadi di dalam neraka.

Islam

Kepada manusia, kematian adalah suatu pengakhiran dalam kehidupan, namun bagi Allah, kematian adalah satu pertemuan dengan hamba-Nya.

Manusia yang ketika hidupnya sentiasa beramal soleh akan menerima balasan kenikmatan di akhirat, begitulah sebaliknya kepada manusia yang banyak membuat kejahatan.

Nyawa manusia dicabut oleh Malaikat Izrail dan apabila mati, roh seseorang itu akan dibawa ke suatu tempat berdasarkan amalannya.

Sebaik-baik kematian adalah disudahi dengan lidah yang menyebut syahadah iaitu, Mengakui ke-Esaan Allah dan Muhammad Rasul-Nya.

Kematian juga sebagai permulaan kepada perjalanan memasuki alam barzakh dan seterusnya alam akhirat.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Upacara Rambu Solo, Suku Kaum Yang Obses Terhadap Kematian

-SENTIASAPANAS.COM

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2myrzUO



✍ Sumber : ☕ SentiasaPanas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.