Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maya Karin, Teman Lelaki Berpisah Selepas Enam Bulan Bercinta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maya Karin, Teman Lelaki Berpisah Selepas Enam Bulan Bercinta

Selepas berkenalan lebih enam bulan bersama seorang jejaka dari luar negara, pelakon Maya Karin mengakui hubungan mereka kini sudah berakhir.

Kata Maya, 37, punca perpisahan mereka kerana kurang keserasian antara mereka yang menyebabkan dia sendiri memutuskan untuk menamatkan hubungan tersebut.

“Dia hanya serasi untuk enam bulan, tidak cukup untuk seumur hidup saya. Memang benar tahun lalu saya ada berkenalan dengan seseorang namun apabila kembali ke Malaysia saya rasakan hubungan jarak jauh kami tidak akan berjaya.

“Jadi saya fikir langkah terbaik yang boleh saya lakukan adalah kembali fokus kepada kerjaya,” ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran filem Munafik 2 di Perbadanan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu tidak serik untuk menjalinkan hubungan cinta lagi selepas beberapa kali episod cintanya musnah.

“Saya tidak pernah serik. Jika ditanya tentang kriteria jejaka idaman saya mestilah tinggi lampai, kelakar, cerdik, adventurous, mengambil berat dan pandai menjaga hati. Kalau boleh bercakap bahasa Inggeris itu adalah bonus,” tambahnya.

Sebelum ini, pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-49 itu pernah mendidikan rumah tangga bersama Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada tahun 2008 namun malangnya berakhir dua tahun kemudiannya.

Dalam perkembangan lain, Maya bakal muncul ke layar perak menerusi filem seram Islamik, Munafik 2 yang akan memulakan penggambaran pada 20 Mac depan. Menerusi filem arahan Syamsul Yusof itu, Maya diberikan tanggungjawab menggalas peranan utama di samping Syamsul, Mawi dan seorang pelakon dari Indonesia.

Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @mayakarin, IG @finasmalaysia

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mrsEer

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.