Nur Insafi, PDRM Berentap Final Hoki Piala Presiden
KUALA LUMPUR: Seperti diramal, pasukan pilihan, Nur Insafi bakal bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pentas final Piala Presiden, Ahad ini, selepas kedua-duanya menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir, petang tadi.
Biarpun membawa bekalan selesa 6-3 pada aksi pertama kelmarin, PDRM hampir terlepas peluang ke final selepas tewas 4-2 di tangan UPM-KPT dalam aksi kedua di Stadium Tun Razak, untuk mara hanya dengan agregat tipis 8-7.
Nur Insafi yang juga juara Divisyen 1 musim ini bagaimanapun tidak berdepan masalah mengatasi RMAF Rajawali dengan agregat 13-2, selepas menang 7-0 ke atas lawannya itu dalam satu lagi aksi separuh akhir selepas itu.
Final di venue sama Ahad ini pasti sengit berdasarkan kepada status kedua-dua pasukan yang mengungguli saingan Divisyen 1 musim ini, sekali gus mara ke kelompok elit Liga Hoki Perdana Malaysia (MHL-TNB) tahun depan.
Sebagai rekod, Nur Insafi yang diperkuat dengan kehadiran bekas pemain Sapura, Mohd Izzat Rahim menundukkan PDRM 5-2 dalam saingan liga tempoh hari.
Terdahulu, empat jaringan penyerang Amir Zulkarnain Ahmad Robangi, masing-masing pada minit kedua, 47, 54 dan 59 tidak cukup untuk membantu UPM-KPT untuk menyekat kemaraan naib juara Divisyen 1, PDRM.
Ini selepas PDRM yang diketuai bekas tonggak negara, Azreen Rizal Mohd Nasir membalas dua gol penting menerusi sentuhan Rahimi Iskandar Baharom pada minit ke-24 dan pakar flik Baljit Singh Sarjab (55).
Sementara itu, Nur Insafi di bawah kendalian M Thaitchana tidak bermasalah ketika berpesta gol menewaskan RMAF Rajawali menerusi dua gol Muhammad Ateeq pada minit ketiga dan ke-22, Nur Hrsikesa Thaitchana (9,33), Muhamad Bilal Qadir (29,38) dan Aamir Shahzad (55).
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mru6Nz✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment