Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cool-nya Lagu Shape Of You Versi Caklempong Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cool-nya Lagu Shape Of You Versi Caklempong Ini

31 Mac 2017. 4.03 PM

Hiburan

Cool-nya Lagu Shape Of You Versi Caklempong Ini
Lagu Shape of You nyanyian Ed Sheeran menjadi fenomena luar biasa dalam kalangan penduduk dunia.

Bermacam-macam kisah, ada peminat fanatik lagu itu dipenjarakan dan ada yang menterjemah lagu itu dalam rendisi tersendiri termasuk versi Bollywood, Teletubbies dan Barack Obama.

Bermakna lagu Shape of You memang digilai ramai dan menjadi single hits yang sentiasa diputarkan di corong-corong radio.

Terbaharu, sekumpulan pelajar lengkap berbaju Melayu dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (Saser), Seremban, Negeri Sembilan ada memainkan lagu tersebut dalam versi caklempong!

Video persembahan itu dikongsikan pada 29 Mac lalu oleh seorang pengguna Twitter yang dipercayai guru kepada pelajar-pelajar terbabit dan telah mendapat lebih 25,000 retweet dan 14,000 likes.

Lagu Shape of You versi caklempong itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji susunan semula muzik dalam alat muzik tradisional Melayu.

Ada juga yang memberikan komen tidak puas hati dengan rakaman yang cuma berdurasi 45 saat itu dan mahukan lebih lagi.

Guru itu kemudiannya telah memuat naik rakaman penuh video terbabit baru-baru ini.

Apapun, kita layan saja video Shape of You versi caklempong ini.
 

 


Teks oleh: Amri Hassan
Kredit video: @syaz_liyana

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2opGQFd

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.