Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zaqhwan Catat Masa Terpantas Hari Pertama ARRC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zaqhwan Catat Masa Terpantas Hari Pertama ARRC

MOHD Zaqhwan Zaidi. – Foto Goh Thean Howe

JOHOR BAHRU: Mohd Zaqhwan Zaidi mencatat masa terpantas pada hari pertama sesi latihan bebas SuperSports 600cc, meskipun berdepan masalah cuaca tidak menentu yang sedikit menjejaskan rentak pelumba di Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Johor, Pasir Gudang, dekat sini, hari ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mencatat masa terbaik iaitu 1’31.063s yang dilakukan dalam sesi latihan bebas ketiga manakala Taiga Hada (Rama Honda By NTS T.Pro Ten 10) muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 1’31.519s.

Decha Kraisart (Yamaha Thailand Racing Team) yang mencatat masa terpantas sewaktu sesi ujian pra-musim muncul pelumba ketiga terbaik dengan masa 1’31.812s, diikuti seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech Kawasaki Racing) dengan masa 1’32.074s.

“Semuanya berjalan lancar pada hari ini namun keadaan cuaca tidak menentu memberikan cabaran kepada kami.

“Hujan lebat pada hari semalam menyebabkan terdapat sedikit kesan lumpur di beberapa bahagian litar. Keadaan ini menyebabkan saya tidak mempunyai banyak peluang untuk mencatat masa terpantas,” kata Zaqhwan.

“Bukan saya seorang mengalami masalah seperti ini, malah pelumba-pelumba lain juga kelihatan lebih berhati-hati berbanding ketika sesi ujian pra-musim lalu.

“Saya mahu mencuba untuk memecahkan rekod litar namun semuanya bergantung kepada keadaan cuaca esok. Jika cuaca hujan, pastinya sesi kelayakan dan Perlumbaan 1 menjadi lebih sukar.”

Sementara itu, pelumba Yamaha Thailand Racing Team, Anupab Sarmoon menguasai kelas Asia Production 250cc dengan catatan terbaik 1’44.202s yang dilakukan pada sesi latihan kedua.

Ia diikuti pelumba Astra Honda Racing, Gerry Salim dengan masa 1’44.584s manakala Takehiro Yamamoto (Sidrap Honda Ikazuchi Racing) ketiga dengan catatan 1’44.964s.

Azroy Hakeem Anuar (Yuzy Honda Vietnam Racing Team) muncul pelumba terpantas sesi kelayakan Underbone 150cc dengan masa 1’49.115s diikuti juara keseluruhan 2016, Wahyu Aji Trilaksana yang beralih ke pasukan Yamaha Racing Indonesia dengan masa 1’49.336s.

Md Akid Aziz (Uma Racing Yamaha Maju Motor) ketiga dengan masa 1’49.338s.

Keputusan:

SuperSports 600cc

1. Mohd Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 1’31.063s

2. Taiga Hada (JPN) Honda 1’31.591s

3. Decha Kraisart (THA) Yamaha 1’31.812s

4. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 1’32.074s

5. Ahmad Yudhistira (INA) Kawasaki 1’32.079s

Asia Production 250cc

1. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 1’44.202s

2. Gerry Salim (INA) Honda 1’44.584s

3. Takehiro Yamamoto (JPN) Honda 1’44.964s

4. Imanuel Putra Pratna (INA) Yamaha 1’45.290s

5. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 1’45.319s

Underbone 130cc (Sesi kelayakan)

1. Azroy Hakeem Anuar (MAS) Honda 1’49.115s

2. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 1’49.336s

3. Md Akid Aziz (MAS) Yamaha 1’49.338s

4. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Honda 1’49.501s

5. Tengku Amirul Haffirudin (MAS) Yamaha 1’49.571s

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ohHaJ5

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.