Faye Kusairi Tak Sorok Tarikh Kahwin
Memuat naik gambar kedua ibu bapa sedang asyik menulis nama atas kad jemputan di media sosial, bagaimanapun telah mengundang spekulasi kononnya pelakon Faye Kusairi sudah bersedia untuk menamatkan zaman solo.
Selepas dihubungi pihak media, Faye memberitahu bahawa kad jemputan tersebut merupakan kad undangan bersempena hari ulang tahun kelahiran anak saudaranya yang akan diadakan pada awal April depan.
Diajukan bila pula giliran Faye dan Azmi untuk bersatu, Faye akui ada berbicara soal kahwin namun tarikh belum ada dan akan kongsi tarikh perkahwinan jika sudah dapat. Bagi Faye berita baik perlu dikongsikan.
Bersabarlah semua, sama-sama kita nantikan detik Faye pula. Almaklumlah bakal suami kan pengarah, tentunya memerlukan masa yang sesuai untuk cari ruang mendirikan rumah tangga. Tapi kalau tak curi masa, sibuk dengan penggambaran bila pula nak kahwin ya?
The post Faye Kusairi Tak Sorok Tarikh Kahwin appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mXjIkf✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment