Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amyra Tak Halang Amar Buka Akaun Instagram Untuk Bayi Dalam Kandungan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amyra Tak Halang Amar Buka Akaun Instagram Untuk Bayi Dalam Kandungan

Setelah dua minggu berehat dan usia kandungannya mencecah dua bulan, pelakon Amyra Rosli kembali meneruskan kerja-kerja yang tertangguh sebelum ini.

 Bagaimanapun, kata Amyra, aktivitinya masih lagi terbatas dan hanya terlibat dengan urusan kerja yang tidak mengambil masa yang sama lama atau memenatkan dirinya.

 “Buat masa ini saya akan berehat seketika daripada berlakon keadaan keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan untuk saya berkerja dalam tempoh yang lama dan bergerak aktif sebagaimana sebelum ini.

 “Apapun bukanlah bermakna saya hanya duduk di rumah saja, sebaliknya saya masih lagi bekerja seperti biasa cuma ia hanya melibatkan aktiviti yang tidak terlalu memenatkan saya.

 “Sebenarnya saya lebih suka bekerja kerana tidak mahu terlalu manjakan diri, tapi bila semua orang bising terutamanya suami saya terpaksa akur dan dengar nasihat mereka agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingin nanti,,” katanya.

 Bercerita tentang kandungannya, kata Amyra lagi, buat masa ini dia tidak mengalami sebarang alahan, cuma selera makannya semakin berkurangan semenjak hamil.

 “Alhamdulilah keadaan kesihatan saya bertambah baik dan tidak mengalami sebarang alahan sepanjang hamil dua bulan ini.

 “Cuma sejak akhir-akhir ini saya hilang selera makan dan hanya mampu mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit sahaja,” akuinya yang kini kerap berulang-alik ke rumah ibunya bapanya semenjak hamil.

 Apapun, pelakon yang bakal tampil dengan drama terbaru lakonannya, Jadikan Aku Yang Kedua, mengakui  bertuah kerana mempunyai suami yang sangat mengambil berat tentang dirinya.

 “Amar seorang yang memahami bukan saja ketika saya hamil tetapi memang sebelum ini lagi dia memang seorang yang boleh diharapkan dalam apa juga keadaan dan situasi.

 “Memang dia teruja sangat sejak nak jadi bapa ni dan banyak menghabiskan masa untuk menemani saya di rumah,” kata Amyra lagi.

 Dalam pada itu, khabarnya Amar turut berhasrat untuk membuka akaun Instagram untuk bayi dalam kandungannya bagi berkongsi perkembangan terkini anak yang bakal dilahirkan itu nanti.

 “Amar ada bagitahu dia nak buka akaun Instagram untuk baby dalam masa yang terdekat ini dan saya tidak ada apa-apa halangan kerana saya faham dia begitu teruja dengan bayi dalam kandungan ini, ” ujar Amyra yang ditemui di majlis Pelancaran Koleksi Aidilfitri Mek Kembang Cotton x Amyra Rosli.

The post Amyra Tak Halang Amar Buka Akaun Instagram Untuk Bayi Dalam Kandungan appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nslPbT

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.