Hi! Welcome Back and Stay Tune! BR1M Bantuan Tunai Terbaik Dicipta Untuk Golongan Miskin – Ongkili - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BR1M Bantuan Tunai Terbaik Dicipta Untuk Golongan Miskin – Ongkili

KOTA MARUDU: BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah pakej bantuan paling kreatif pernah dicipta bagi membantu keluarga berpendapatan rendah di negara ini.

Menyatakan demikian, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, “Ia (BR1M) bukan dedak atau satu bentuk rasuah, seperti mana didakwa oleh pembangkang”.

Beliau berkata sedangkan negara kaya seperti Arab Saudi pun kini dalam proses merangka bantuan seperti BR1M untuk rakyatnya demi membantu mengurangkan beban penduduk.

Anggota Parlimen Kota Marudu itu berucap pada majlis penyampaian baucer BR1M kepada penerima yang layak dari kawasan pilihan raya Tandek di sini pada Isnin.

Beliau berkata, keseluruhannya sejumlah 32,199 orang layak menerima bantuan itu di Kota Marudu, bagi kawasan Tandek dan Matunggong.

Di bawah BR1M, keluarga dengan pendapatan isi rumah RM3,000 dan kurang layak menerima bantuan RM1,200; keluarga dengan pendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 menerima RM900, dan bantuan RM450 diberikan kepada bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan kurang.

Terdahulu, Ongkili juga menyampaikan bantuan serupa dan kunci kepada 20 keluarga rumah panjang 20-unit pada majlis di Dewan Serba Guna Matunggong dekat sini. — BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2n5FToo

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.