Haas Optimis Enjin Ferrari Mampu Atasi Mercedes
LONDON: Prinsipal pasukan Formula 1 (F1) Haas, Guenther Steiner yakin enjin Ferrari berupaya mengatasi enjin yang digunakan juara bertahan, Mercedes pada kempen musim ini.
Pasukan dari Amerika Syarikat itu bekerjasama dengan pasukan Itali berkenaan untuk menggunakan enjin sama yang menyaksikan Sebastian Vettel memenangi aksi pembuka tirai Grand Prix (GP) Australia, minggu lalu.
“Dengan enjin ini, ia tidak tertumpu kepada satu bahagian tetapi ia pakej lengkap yang semakin baik berbanding tahun lalu,” kata Steiner menjelang GP China minggu depan.
“Ia kini lebih kompetitif seperti enjin Mercedes. Ferrari menang di Australia tetapi semua pasukan semakin meningkat dan cuba menjadi lebih baik.
“Ia langkah yang baik dan tanpa bantuan daripada Ferrari, kami tidak akan berada di sini.”
Kedua-dua jentera Haas gagal menamatkan perlumbaan di GP Australia namun pemandu dari Perancis, Romain Grosjean menamatkan sesi kelayakan di tempat keenam, kedudukan terbaik buat pasukan itu berbanding pasukan yang menggunakan enjin Mercedes, Williams dan Force India.
Reuters
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ojBT3m✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment