“RUU355 Umno rugi, PAS dapat pahala” – Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR: PAS sudah dapat pahala walaupun usul Hadi tidak dapat dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Datuk Ibrahim Ali. Sebaliknya, Umno diramalkan hilang sokongan penyokong rang undang-undang meminda Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.
“PAS dapat pahala walaupun belum berjaya membentangkan RUU 355 di Parlimen. PAS dah buktikan kesungguhan dan bukan retorik semata-mata,” kata Presiden Perkasa pada sidang media di ibu pejabat Perkasa di sini.
“Umno rugi di kawasan penyokong tegar PAS di negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu. Namun di negeri seperti Selangor, Perak dan Sabah akan beri keuntungan kepada BN.”
BN pada 29 Mac lalu memutuskan untuk tidak membentangkan usul Hadi susulan bantahan dalam kalangan ahli komponen.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan dibuat selaras amalan konsensus, dan menyerahkan nasib usul Hadi kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ibrahim akan menghantar surat kepada Pandikar menggesa usul Hadi dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Katanya kerajaan harus memberikan peluang kepada Hadi membentangkan rang undang-undang kontroversi itu demi Islam.
“Tak ada alasan langsung untuk menidakkan oleh speaker (Pandikar) kerana proses demokrasi kalau dihalang berdosa. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih,” katanya.
Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment