Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Pertikai Khidmat Ku Nan Untuk Pembangunan Warga Kota - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Pertikai Khidmat Ku Nan Untuk Pembangunan Warga Kota

KUALA LUMPUR: Bendahari Agung PKR, Dr Tan Yee Kew disifatkan seperti katak di bawah tempurung apabila gagal malah mempertikai segala khidmat yang dilakukan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor .

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee turut mendakwa Yee Kew mempunyai pemikiran sempit apabila mendakwa usaha Tengku Adnan merupakan strategi mengampu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dia tuduh Ku Nan ampu kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib, itu tidak betul dan datangnya daripada pemikiran sempit.

“Bendahari Agung PKR itu barangkali cetek dan dangkal fikiran untuk memahami tugas dan tanggungjawab seorang wakil rakyat khususnya jemaah menteri yang diberikan portfolio masing-masing untuk membangunkan negara dan menjana kesejahteraan hidup rakyat.

“Ku Nan selaku Menteri Wilayah Persekutuan telah banyak membawa perubahan kepada warga kota terutama membabitkan isu perumahan, setinggan, penjaja dan sistem aliran trafik,” katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

BACA: Pelan struktur Kuala Lumpur 2020 tidak pernah dibatalkan – Tengku Adnan

BACA: Tandatangan pelan struktur selepas terima kata sepakat – Ku Nan

Beliau mengulas tuduhan Yee Kew yang mendakwa Ku Nan tidak memberikan tumpuan terhadap isu-isu bandar khususnya masalah golongan rakyat tidak berumah dan usaha membasmi kemiskinan.

Yee Kew juga dilaporkan mengecam Ku Nan yang mahukan rakyat berbangga kerana negara mempunyai Perdana Menteri yang sanggup mendengar kehendak rakyat.

Serangan Yee Kew itu dikatakan ekoran kejayaan program Pelancaran Kad Ceria untuk warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang dilancarkan Ku Nan.

Kad Ceria tersebut merupakan kad diskaun atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih.

Program tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan mengurangkan beban perbelanjaan harian pengguna dan menangani kos sara hidup yang tinggi dihadapi oleh warga kota.

Dalam pada itu, Syed Ali turut menyebut bagaimana Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dikawal selia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mencapai hasratnya dalam mensifarkan penempatan setinggan di ibu kota.

“Walaupun belum mencapai matlamat 100 peratus sifar setinggan di Kuala Lumpur, tetapi penempatan perumahan tersebut berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat disamping kewujudan peluang-peluang perniagaan.

“Oleh sebab itu Yee Kew boleh diibaratkan seperti katak di bawah tempurung yang tidak berkesempatan untuk melihat dunia luar yang sedang pesat dipacu pembangunannya oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib,” tegasnya.

Katanya, Yee Kew sepatutnya berasa malu kepada diri sendiri kerana PKR tidak langsung memperdulikan kebajikan rakyat dan kepentingan negara sebaliknya hanya tahu mengkritik dan mengecam kerajaan.

“Pembangkang terutama PKR tidak ada kerja lain, cari salah kerajaan, buat fitnah dan menidakkan usaha dilakukan kerajaan untuk meningkatkan kehidupan rakyat seperti yang dilakukan Ku Nan di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Syed Ali mengingatkan parti-parti pembangkang terutama PKR supaya menerima hakikat bahawa rakyat tidak perlu dibebani sepanjang masa dengan isu-isu politik yang tidak bermanfaat.

“Tugas sebenar setiap pertubuhan siasah dan politik adalah membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negara menggunakan kaedah serta saluran politik yang harmoni dan bertanggungjawab, bukannya cerita maki hamun, kecaman dan tuduhan yang diputarbelitkan kebenarannya,” tegasnya.

Beliau mengecam pembangkang yang menggunakan sepenuh masa mereka untuk mengkritik kerajaan dan pemimpin UMNO dengan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk menerusi penggunaan laman-laman sosial.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nFBTYX

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.