Hi! Welcome Back and Stay Tune! Djokovic beraksi di Acapulco atas tiket wild card - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Djokovic beraksi di Acapulco atas tiket wild card

NOVAK Djokovic merancang untuk kembali beraksi di Indian Wells selepas kecederaan bahu kanannya beransur pulih namun menukar agendanya dengan menerima tiket wild card untuk beraksi di kejohanan Acapulco. – Foto Bolamarela

MEXICO CITY: Novak Djokovic merancang untuk kembali beraksi di Indian Wells selepas kecederaan bahu kanannya beransur pulih namun menukar agendanya dengan menerima tiket wild card untuk beraksi di kejohanan Acapulco, bermula Isnin ini.

Djokovic, yang pada awal bulan ini menerima rawatan di bahu selepas meraih kemenangan empat set di Piala Davis ke atas pemain Russia, Daniil Medvedev, menyertai kelompok 10 pemain ternama di sini.

Pengarah kejohanan, Raul Zurutuza berkata, pemain berusia 29 tahun dari Serbia itu menolak tawaran beraksi di Dubai, kejohanan yang disertai setiap tahun sejak 2007.

“Berita baik, kamu akan menyaksikan saya semula di gelanggang minggu depan di Acapulco,” tulis Djokovic dalam akaun Twitter. “Kamu rindukan saya?.”

Selain Djokovic, Terbuka Mexico juga dibarisi pemain ranking keempat dunia, Milos Raonic, Rafael Nadal (6), Marin Cilic (7), Dominic Thiem (8) dan David Goffin (10). Selain itu, juara Terbuka Amerika Syarikat, Juan Martin Del Potro turut menyertai kejohanan.

“Apabila kami melihat peluang, kami tidak teragak-agak untuk membuat menawarkan jemputan.

“Kami tahu ia sukar tetapi kami terkejut dan gembira apabila menerima jawapannya,” kata Zurutuza.

“Novak tidak sabar untuk tiba di Acapulco untuk kali pertamanya dan menjadi sebahagian daripada sejarah kejohanan.

“Dengan adanya Nadal, Raonic, Cilic, Thiem, Goffin dan sekarang ini Djokovic, ia satu kebanggaan buat kami.”

Djokovic hanya bermain lapan permainan musim ini. Dia membuka tirai tahun baharu dengan menewaskan Andy Murray untuk meraih gelaran di Doha namun kemudiannya tewas di tangan Denis Istomin di pusingan kedua Terbuka Australia.

Perlawanan terakhirnya adalah pada 3 Februari lalu menentang Medvedev di pusingan pertama Piala Davis. – AP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mittpm

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.