Ibrahimovic wira United menjuarai Piala Liga
PENYERANG Manchester United, Zlatan Ibrahimovic meraikan jaringannya dalam aksi Piala Liga menentang Southampton di Stadium Wembley, London. – Foto EPA
LONDON: Zlatan Ibrahimovic muncul wira Manchester United selepas dua jaringannya memberi kejuaraan Piala Liga buat kali kelima pasukan itu selepas menewaskan Southampton 3-2 pada final di Stadium Wembley, sebentar tadi.
Skuad The Red Devils pernah merangkul gelaran itu sebanyak empat kali iaitu pada 1992, 2006, 2009 dan 2010.
Anak didik Jose Mourinho berada di depan pada minit ke-19 selepas sepakan percuma cantik Ibrahimovic gagal diselamatkan penjaga gol, Fraser Forster.
Jesse Lingard kemudian meletakkan United selesa mendahului selepas meledak gol kedua pada minit ke-39.
Bagaimanapun, Southampton cuba bangkit dengan beberapa gerakan berbahaya dan usaha mereka berhasil selepas Manolo Gabbiadini merapatkan jurang gol pada masa tambahan babak pertama.
Malah, Gabbiadini sekali lagi menceriakan penyokong Southampton dengan gol penyamaan hanya empat minit selepas bersambung babak kedua.
Southampton hampir mendapat gol ketiga pada minit ke-64, namun tandukan pemain tengah Oriol Romeu terkena tiang gol.
Ketika perlawanan dilihat seakan diheret ke masa tambahan, Ibrahimovic muncul wira United selepas menanduk masuk gol kemenangan The Red Devils pada minit ke-87. – Agensi
ZLATAN Ibrahimovic menjulang trofi Piala Liga selepas Manchester United menewaskan Southampton 3-2 di Stadium Wembley, London. – Foto AP
PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney (tengah) menjulang trofi Piala Liga selepas pasukannya menewaskan Southampton 3-2 di Stadium Wembley, London. – Foto AFP
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment