Infra Rakyat Jana Pertumbuhan Ekonomi Negara, Tingkat Kualiti Kehidupan – PM Najib
KUALA LUMPUR: Projek bertunjangkan kepentingan rakyat (Infra Rakyat) akan menjana dan memacu pertumbuhan ekonomi negara untuk jangka masa panjang selain meningkatkan kualiti kehidupan rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata sejak negara mencapai kemerdekaan sehinggalah hari ini, pembangunan adalah agenda kerajaan Barisan Nasional untuk negara dan rakyat.
“Benar, kita berbangga dengan bangunan pencakar langit, litar lumba dan sebagainya, tetapi kesemua pembangunan sebegini tidak memberi impak secara langsung kepada kehidupan rakyat teramai.
“Dalam kata lain tidak benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat. Oleh itu, sejak menjadi perdana menteri, saya telah memastikan pembangunan negara kita mesti bersifat tertumpu kepada kepentingan rakyat teramai,” katanya dalam catatan terbarunya di laman blog NajibRazak.com., malam tadi.
Najib berkata sebagai contohnya Transit Aliran Massa (MRT) dibina bagi meringankan masalah kesesakan akibat jumlah kenderaan yang banyak di Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
“Manakala pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang bebas tol itu pula adalah kerana kadar pembangunan di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia dan memerlukan satu anjakan,” katanya.
Mengenai Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) pula, Najib berkata ia akan meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura serta memberi pelbagai manfaat dan membuka peluang ekonomi kepada rakyat kedua-dua negara.
Sementara Pembangunan Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) direncana bagi menyeimbangkan pembangunan antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung, selain membawa pertumbuhan ekonomi dan keselesaan kepada penduduk di Pantai Timur, katanya.
Perdana menteri menegaskan semua projek besar seperti Lebuhraya Pan Borneo, MRT, HSR dan ECRL hanya permulaan dan kerajaan merancang untuk membangunkan serta menyediakan lebih banyak lagi Infra Rakyat agar pembangunan negara membawa kesejahteraan berterusan kepada rakyat Malaysia.
“Kesemua projek Infra Rakyat diperlukan oleh rakyat, “ini adalah apa yang diperlukan oleh rakyat, dan inilah yang dilaksanakan kerajaan,” katanya. — Bernama
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
v>v>
Post a Comment